Skuad Harimau Malaya sudah pun selamat mendarat di Singapura petang tadi 3 hari menjelang sepak mula perlawanan AFF Suzuki Cup bertemu Kemboja.

Menurut ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe yang ditemubual di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pagi tadi, beliau telah memberikan beberapa gambaran mengenai skuad yang dibawa ke Singapura kali ini.

“Selepas beberapa siri latihan, kita nampak suasana latihan cukup baik.”

“Pastinya, yang penting sekali untuk kempen AFF Suzuki Cup kali ini adalah kita mahu lihat satu corak permainan dan prestasi pasukan meningkat dalam setiap perlawanan dan kita harap pemain-pemain yang baru bersama skuad boleh gel together.”

Beliau juga ada menjelaskan bahawa beberapa orang pemain senior yang dibawa akan turut berperanan membantu pemain-pemain muda dalam aksi antarabangsa seperti AFF Suzuki Cup ini.

“Itu adalah perkara yang paling penting, (dimana) pemain-pemain senior seperti Aidil, Baddrol Bakhtiar dan Khairul Fahmi mampu memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada pemain-pemain baru.”

“Kita juga ada 2 3 hari untuk melakukan persiapan, dan kita harapkan suasana latihan berjalan dengan lancar sebelum kita memulakan kempen menentang Kemboja nanti.”

Tan Cheng Hoe Jawab Isu Ketiadaan Fayad Zulkifli Dalam Skuad

Selain itu, Tan Cheng Hoe juga ada menjawab pertanyaan yang diajukan mengenai pemain Fayadh Zulkifli yang tidak disenaraikan dalam 24 pemain terakhir ke Singapura.

“Kita tidak menyenaraikan Fayadh Zulkifli pada kali ini kerana kita tahu perjalanan dia masih jauh lagi, dan kita harap pada masa akan datang beliau dapat memberikan persembahan yang baik dipentas Liga Malaysia dan pintu sentiasa terbuka untuk Fayadh bersama skuad kebangsaan.”

“Yang penting, 24 pemain yang dipilih ini saya rasa adalah yang terbaik dan saya harapkan teamwork mampu memberikan kita penanda aras terbaik untuk skuad kebangsaan kita.”

Beliau juga ada menyentuh mengenai skuad kali ini dan skuad 2018, namun menurut Tan Cheng Hoe kedua-dua skuad itu memiliki keunikan tersendiri.

“Kita pun rasa (skuad kali ini) ada balance disitu dan pastinya kita tak boleh katakan skuad kali ini yang terbaik atau skuad 2018 kerana skuad 2018 ada 7-8 pemain yang beraksi bersama manakala skuad kali ini kebanyakkannya baru bersama (pasukan).”

“Dari segi perbezaan pemain itu tak banyak, yang penting kita nak lihat setiap perlawanan ada peningkatan dan prestasi setiap pemain. Itu yang penting.”

Skuad Malaysia akan berdepan pasukan Kemboja dalam perlawanan pembukaan kumpulan B di Stadium Bishan pada 6 Disember 2021 jam 5.30 petang.

Baca juga artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Tan Cheng Hoe Panggil Arif Aiman Dan Kalamullah Al-Hafiz Lapor Diri Ke Kem Latihan Skuad AFF Suzuki Cup 2020

Kuching City FC Buka Kedai Dobi Yang Pertama, Usaha Untuk Menjana Pendapatan Kelab

Mengimbau Nostalgia Perjalanan Skuad Negara Di Piala AFF 1996