Ketua jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe tidak menghadiri sidang media sejurus perlawanan diantara Vietnam dan Malaysia tamat apabila keputusan berpihak kepada tuan rumah 1-0 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi semalam.

Penolong ketua jurulatih, S.Balachandran yang menggantikan Tan Cheng Hoe dalam sidang media tersebut menjelaskan beliau tidak dapat memberikan sebab khusus mengapa ketua jurulatih Malaysia tidak dapat menyertai acara tersebut.

“Saya mohon maaf kerana tidak dapat mendedahkan sebab mengapa coach Tan tidak berada disini.

Screenshot 2019-10-11 at 3.38.50 AM

Dikatakan juga oleh beberapa pemerhati, Tan Cheng Hoe kelihatan tidak berpuas hati dengan prestasi dan kualiti pengadil yang mengendalikan perlawanan Vietnam bertemu Malaysia sehinggakan Mooud Bonyadifard terpaksa mengeluarkan arahan supaya bertenang dan kembali berada dibangku simpanan.

Rata-rata para penyokong juga turut menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai pengadil perlawanan kerana beberapa keputusan yang dibuat dalam perlawanan tersebut kelihatan seolah-olah tidak adil dan lebih menyebelahi pasukan Vietnam berbanding Malaysia.

Baca artikel lain mengenai perlawanan semalam yang mungkin anda terlepas pandang.

Jaringan Quang Hai Musnahkan Harapan Malaysia Kutip Tiga Mata Penuh

Luqman Hakim Sebaris Dengan Pemain FC Barcelona, Ansu Fati Dalam Senarai 60 Pemain Muda Paling Berbakat Dunia

Walaupun Dibelasah 14 Gol Oleh Iran, Lelaki Kemboja Ini Terus Gagah Berdiri Memberikan Sokongan Bersendirian

4 KOMEN
  • krono

    dasar jurulatih x brtangjwab ats kekalahan harimau malaya…ubah la bahagian serangan tu tumpul mcm x reti main bola…plyer ramai lg yg ada potensi jdi penyerang sprti azwan bakhri …

    • orangorang

      Tak tgk bola ke apa mamat ni suruh letak hazwan pula ūüėāūüėā

    • Ketegaq

      Hahaha dol2 hazwan tu sma ja ..tgok bola ke x ni smpai xthu apa2..

    • Mamat Poyo

      Wak lu letak hazwan bakri.. baik letak ko je yg jd penyerang..

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group