Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dilaporkan bakal terbang ke Bangkok esok bagi menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 diantara Thailand menentang UAE di Stadium Thammasat.

Dalam masa yang sama, beliau akan mengintip kekuatan Thailand dan mengenalpasti kelemahan skuad kendalian Akira Nishino itu sebagai risikan awal sebelum menentang mereka di Stadium Nasional Bukit Jalil pada bulan November depan.

Skuad gajah perang kali ini turun tanpa khidmat bintang mereka, Chanathip Songkrasin selama dua minggu akibat kecederaan otot dan turut tidak beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Congo pada hari khamis lepas.

72245309_2723953774335978_1285898815986991104_n
Teerasil Dangda kembali menyertai pasukan Thailand. FOTO: Changsuek

Nishino turut membuat kejutan dengan menyenaraikan penyerang muda yang berusia 17 tahun dari kelab Buriram United iaitu Suphanat Mueanta. Seorang lagi penyerang berpengalaman Teerasil Dangda turut menyertai kem latihan pusat setelah disisihkan pada bulan lepas.

Mereka akan menggantikan tempat Thitiphan Puangchan, Tristan Do, Peeradon Chamratsamee yang mengalami kecederaan ketika menentang Vietnam dan Indonesia.

Ketika ini, Thailand mengumpulkan 4 mata dan mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 2 perlawanan. Kemenangan ke atas UAE akan memastikan mereka menghuni kedudukan teratas dan berpeluang merebut tiket ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022.

Satu lagi perlawanan dalam kumpulan G yang akan berlangsung pada malam esok ialah Indonesia menentang Vietnam di Stadium Kapten I Wayan Dipta, Gianyar, Bali. Peluang skuad Harimau Malaya dalam perebutan tiket automatik ke Piala Asia 2023 akan diketahui selepas keputusan 2 perlawanan ini.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan skuad kebangsaan Thailand yang mungkin anda terlepas pandang.

Elias Dolah Akhirnya Dipanggil Sertai Skuad Kebangsaan Thailand

Thailand Sambar Khidmat Bintang Muda Fulham FC

Thailand Umum Senarai 23 Pemain Bagi Hadapi Congo Dan UAE