Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe memuji persembahan yang ditampilkan oleh Syahmi Safari pada perlawanan persahabatan menentang Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.

Cheng Hoe meletakkan Syahmi di posisi sayap kanan dimana beliau menggantikan Safawi Rasid yang sebelum ini merupakan regular starter bagi posisi tersebut dan bekas pengendali Kedah itu nyata gembira dengan apa yang ditampilkan Syahmi.

Tan
Sumber Gambar: PFAM

“Secara keseluruhan Syahmi beraksi dengan baik walaupun tidak diletakkan di posisi sebenar beliau. Saya ingin melihat pemain seperti Syahmi mampu untuk beraksi di pelbagai posisi atau sebaliknya,” kata Tan Cheng Hoe pada sidang media selepas perlawanan semalam.

Syahmi sendiri ketika ditemui berpendapat beliau tidak mempunyai masalah untuk diletakkan di mana-mana posisi seperti yang diinginkan oleh jurulatih.

“Saya telah berikan yang terbaik untuk pasukan pada perlawanan ini (semalam). Sebagai pemain profesional, dimana pun saya diletakkan saya perlu memberikan 100 peratus komitmen bagi membantu pasukan meraih hasil positif,” kata pemain Selangor itu.

Tan
Sumber Gambar: IB

Setelah menjamu Tajikistan, pasukan negara akan menghadapi pasukan Thailand pada 14 November ini diikuti dengan perlawanan menentang Indonesia pada 19 November dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Malaysia ketika ini menghuni tangga keempat dalam carta kumpulan G dengan 3 mata selepas tiga perlawanan.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan di sini:

Usmon Toshev: Layangan Kad Merah Ubah Rentak Permainan

Jaringan Safawi Rasid Bantu Skuad Harimau Malaya Tewaskan Pasukan Ranking Ke-116 Dunia

Tiga Pemain Negara Tersenarai Dalam Best XI Piala AFF Suzuki 2018