Isu pemain pertahanan Terengganu, Shahrul Nizam Ros Hasni yang gagal untuk melapor diri bagi menyertai skuad kebangsaan masih menjadi topik perbincangan peminat bola sepak negara.

Baru-baru ini, ketua jurulatih pasukan negara iaitu Tan Cheng Hoe memberikan perkembangan baharu mengenai isu yang melibatkan Shahrul.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, Cheng Hoe menegaskan Shahrul sudah mengetahui bahawa beliau berada dalam senarai menunggu sebelum Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengeluarkan senarai pemain yang dipanggil bagi menyertai kem latihan pusat.

Cheng Hoe menambah FAM juga telah meminta Shahrul untuk bersiap sedia sekiranya ada masalah berlaku dan khidmat beliau diperlukan oleh skuad kebangsaan.

Shahrul Nizam dilaporkan gagal untuk melapor diri kerana beliau turun ke laut dan beliau tidak mengetahui yang namanya berada dalam senarai menunggu.

Pemain berusia 23 tahun ini menerima kritikan daripada peminat dimana mereka menganggap Shahrul tidak memandang serius mengenai tugasan bersama pasukan negara.

Skuad Harimau Malaya akan menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Jordan pada 6 Oktober 2021 dan Uzbekistan pada 9 Oktober 2021, kedua-duanya berlangsung di Amman, Jordan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia dan pasukan kebangsaan di sini:

Dion Cools Tersenarai Dalam Skuad FC Midtjylland, Timbulkan Tanda Tanya Status Kecederaannya.

Shahrul Nizam Gagal Lapor Diri Kerana Turun Ke Laut

Sharul Nazeem Cedera, Shahrul Nizam Pula Gagal Lapor Diri, FAM Bawa 22 Pemain Ke Jordan