Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe menyeru rakyat Malaysia agar mematuhi arahan kerajaan iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa penularan wabak Coronavirus (COVID-19) yang sedang melanda negara ketika ini.

Cheng Hoe berkata demikian menerusi satu video yang dimuat naik di laman media sosial rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini dimana beliau mahu peminat Harimau Malaya untuk duduk di rumah bagi memastikan tidak dijangkiti oleh virus berbahaya itu.

Pada masa yang sama, Tan Cheng Hoe turut menggesa agar para pemain menjalani latihan sendiri di rumah dan mereka perlu berdisiplin bagi memastikan tahap kecergasan dapat dijaga.

Perintah Kawalan Pergerakan telah dijalankan bermula Selasa lalu selepas Malaysia mengalami gelombang kedua penularan wabak COVID-19.

Saingan Liga Malaysia turut digantung seketika dan FAM serta pengelola liga, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) masih belum memaklumkan mengenai tarikh untuk saingan kembali bersambung.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Ketua Jurulatih Myanmar ‘Perlekeh’ FIFA Ranking Malaysia, Salah Satu Sebab Perlawanan Persahabatan Dibatalkan

Luqman Hakim Beraksi Bersama Selangor 2 Bagi Dapatkan Minit Permainan

Penangguhan Liga Malaysia: Zaquan Adha Harap Peminat Terus Bersabar