Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengesahkan semua pemain negara bebas daripada kecederaan menjelang aksi menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun ini.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam sekaligus pasukan negara boleh menurunkan barisan terkuat apabila berdepan skuad bimbingan Bert van Marwijk.

Pada perlawanan persahabatan menentang Bahrain minggu lalu, pemain seperti Nor Azam Azih dilihat mengalami kecederaan dimana beliau terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua.

Setelah beberapa hari selepas perlawanan menentang Bahrain, Azam tidak menunjukkan sebarang masalah sekaligus boleh diturunkan menentang UAE.

Pasukan negara kehilangan khidmat Brendan Gan pada aksi 3 Jun nanti ekoran penggantungan setelah mengutip 2 kad kuning dan Azam mungkin dipilih sebagai pengganti kepada ketua pasukan Selangor itu dalam kesebelasan utama Harimau Malaya.

Selain Azam, dua lagi pemain tengah iaitu Liridon Krasniqi dan Syamer Kutty Abba dijangka turut diturunkan bagi mengawal barisan tengah.

Selepas aksi menentang UAE, pasukan negara akan turun berdepan Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan di sini:

Dua Kesilapan Mudah Menghampakan, Malaysia Tunduk Di Bahrain

Penyerang Prolifik Vietnam Mahu Jaringkan 3 Gol Lawan Malaysia

4 Pemain Disebut Tan Cheng Hoe Yang Akan Berikan ‘Depth’ Di Bahagian Pertahanan Malaysia