Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe menegaskan beliau memiliki alasan dan sebab yang tersendiri mengenai penyenaraian beberapa pemain menjelang saingan peringkat kelayakkan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang akan bermula pada September ini.

Cheng Hoe berkata demikian setelah ramai pihak yang mempersoalkan keputusan beliau memanggil penyerang Johor Darul Ta’zim, Hazwan Bakri dimana Hazwan dianggap tidak relevan untuk disenaraikan kerana jarang beraksi bersama JDT dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Tan
Jurulatih skuad Harimau Malaysia, Tan Cheng Hoe ketika menjalani sesi latihan menjelang Perlawanan Persahabatan Antarabangsa menentang Taiwan dan Kemboja di USIM, Nilai, Negeri Sembilan. NSTP/IQMAL HAQIM ROSMAN

Menurut Cheng Hoe, pasukan kebangsaan kini berdepan dengan masalah di bahagian serangan dan Hazwan dipanggil bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Cheng Hoe berkata: Jika ada pemain lain yang boleh dipanggil, pihak berkaitan boleh senaraikannya dan beritahu kenapa perlu memanggil penyerang itu bagi menyahut cabaran negara.

“Luqman Hakim pula terlalu muda dan tidak biasa dengan liga kompetatif, jadinya biarlah dia menimba pengalaman dulu sebelum dipanggil menyarung jersi Harimau Malaya,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Tan
Luqman Hakim Shamsudin

Pada masa yang sama, bekas penolong kepada Datuk K.Rajagopal itu memberikan sebab mengapa beliau memanggil Irfan Zakaria sedangkan pasukan yang diwakili oleh Irfan, Kuala Lumpur tersingkir daripada saingan Liga Super musim ini.

Tan
Irfan Zakaria
Sumber Gambar: IB

Tambah Cheng Hoe: “Ada antara pemain sebenarnya mempunyai kebolehan yang bagus cuma tidak bernasib baik apabila pasukan atau kelabnya gagal menyerlah hingga menghuni tangga bawah liga.

Tan Cheng Hoe akan mengeluarkan senarai akhir yang akan dibawa menuju ke saingan peringkat kelayakan setelah pasukan negara berdepan Jordan dalam satu perlawanan persahabatan.

Malaysia akan memulakan kempen kelayakan berdepan Indonesia pada 5 September ini di Stadium Gelora Bung Karno dan akan melayani kunjungan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 10 September di laman sendiri.