Semalam  Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai 27 pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya sebagai persiapan menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

18 pemain daripada senarai itu adalah pemain yang sama membantu Malaysia menyingkirkan Timor-Leste menerusi agregat 12-2 pada aksi timbal balik Pusingan 1 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menerusi kemenangan 7-1 dan 5-1 pada bulan jun lepas, kedua-duanya berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Ia menyaksikan lima pemain digugurkan pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk panggilan kali ini iaitu Syazwan Andik Ishak (JDT), Faisal Abdul Halim (Pahang), Syazwan Zainon (Selangor), Kenny Pallraj (Perak) dan penjaga gol, Zarif Irfan Hashimuddin (PKNS FC).

8aab6a27-3ef3-463d-9b6d-b029518c29c1

Cheng Hoe turut melakukan kejutan apabila menyenaraikan kembali penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Hazwan Bakri. Pemilihan pemain berusia 28 tahun itu mengundang pelbagai kritikan dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan kerana kurang minit permainan bersama kelabnya musim ini.

Bagaimanapun, beliau mempunyai alasan sendiri untuk memanggil semula Hazwan untuk memperkuatkan jentera serangan pasukannya.

“Ramai orang akan mempersoalkan tentang pemilihan Hazwan Bakri kerana barisan kejurulatih masih percaya dia boleh memberi impak kepada pasukan kebangsaan.

“Selama ini, kita ketandusan pemain di bahagian serangan dan ini peluangnya untuk bersama pasukan kebangsaan,” katanya dalam Stadium Astro.

1611-VIETNAM-vs-MAS-AHMAD-HAZWAN-BAKRI
Hazwan Bakri mewakili negara dalam saingan Piala AFF 2019. FOTO: FAM

Di sebalik pemilihan kontroversi Hazwan, jurulatih itu tetap memberi suntikan nafas baru ke atas skuad kebangsaan dengan menyenaraikan Danial Amier, J. Partiban, Brendan Gan dan Jafri Firdaus Chew yang kembali mendapat panggilan selepas sekian lama.

“Ketiga-tiga pemain ini telah menampilkan persembahan baik dalam liga tetapi sudah tentulah ujian terbaik untuk menguji mereka adalah ketika menentang Jordan,” tambahnya.

Selepas Perlawanan Antarabangsa bertemu Jordan pada 30 Ogos 2019, Cheng Hoe akan mengumumkan senarai akhir 23 pemain untuk dibawa ke Jakarta bagi menghadapi perlawanan sulung Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Indonesia pada 5 September 2019 dan seterusnya pulang semula ke tanar air untuk aksi berikutnya menentang UAE pada 10 September 2019.

Sumber