Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe percaya 25 pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat bermula 16 Mei ini adalah barisan terbaik.

Cheng Hoe membuat sedikit perubahan dalam senarai pemain yang dipanggil kali ini dimana beberapa muka baharu disenaraikan seperti penjaga gol Penang, Samuel Somerville, pemain tengah Newcastle Jets, Liridon Krasniqi dan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman.

Namun, Cheng Hoe memutuskan untuk tidak menyenaraikan pemain Terengganu yang menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan Liga Super seperti Faisal Halim, Arif Fadzilah dan Hakimi Abdullah.

Tan Cheng Hoe
Hakimi Abdullah. Sumber Gambar: Terengganu FC

“Saya tahun sukar untuk pemain yang tidak dipanggil. Tetapi kita tidak berada dalam situasi dimana kita boleh membuat percubaan.

“Pintu untuk menyertai skuad kebangsaan masih terbuka kepada mereka. 25 pemain yang dipanggil, saya percaya mereka pemain terbaik. Saya yakin ini adalah barisan terbaik,” kata Tan Cheng Hoe menurut laporan The Star.

Dua pemain yang beraksi dalam saingan Liga Thailand iaitu Dominic Tan (Police Tero) dan Junior Eldstal (Chonburi) turut dipanggil bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Shahrul Saad yang tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan.

Tan Cheng Hoe
Sumber Gambar: Chonburi

Pasukan negara akan menjalani latihan pada 16 hingga 19 Mei ini sebelum terbang ke UAE pada 20 Mei untuk bertemu Kuwait dalam satu aksi pemanas badan tiga hari kemudian.

Pemain dan pegawai kemudiannya akan terbang ke Manama bagi menghadapi Bahrain pada 28 Mei sebelum kembali ke UAE bagi menghadapi baki perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 berdepan UAE (3 June), Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Perak Bakal Berdepan Hukuman Kerana Tindakan Penyokong Baling Suar

Terengganu Semakin Konsisten, Nafuzi Zain Tak Rela Cicir Mata

Kuala Lumpur City Tandatangani J. Partiban Dan Kenny Pallraj