Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengawasi perkembangan pemain pertahanan, Syahmi Safari menjelang perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Syahmi mengalami kecederaan ketika menentang Thailand minggu lalu dan beliau merupakan satu-satunya pemain pertahanan kanan yang boleh diturunkan memandangkan Matthew Davies digantung satu perlawanan kerana dua kad kuning.

Syahmi
Sumber Gambar: PFAM

“Kami sedang memantau keadaan Syahmi Safari. Setakat ini beliau menunjukkan perkembangan positif semasa sesi latihan.

“Jika Syahmi tidak dapat beraksi pada perlawanan menentang Indonesia, maka kami akan menurunkan pemain di posisi pertahanan kanan,” kata Cheng Hoe pada sidang media pra-perlawanan Isnin lalu.

Syahmi diturunkan dalam kesebelasan utama pada Khamis lalu namun beliau terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua kerana mengalami kecederaan dan digantikan dengan Matthew Davies.

Syahmi
Matthew Davies. Sumber Gambar: FAM

Akan tetapi, Matthew Davies dilayangkan kad kuning sekaligus beliau bakal terlepas aksi terakhir pasukan negara bagi tahun 2019.

Selain tidak dapat menggunakan khidmat Matthew, Tan Cheng Hoe turut kehilangan khidmat Syafiq Ahmad yang juga digantung dan tempat penyerang Johor Darul Ta’zim itu bakal diisi oleh Norshahrul Idlan Talaha ataupun Mohamadou Sumareh.

Baca artikel lain mengenai perlawanan antara Malaysia menentang Indonesia di sini:

Norshahrul Tidak Mahu Rakan Sepasukan Pandang Rendah Pada Indonesia

Pesan Tan Cheng Hoe Supaya Pemain Beri Fokus 100%, Elak Gangguan Luaran Yang Mampu Jejaskan Pasukan

Yeyen Tumena: Pemain Tiada Masalah Hadapi Tekanan Dari Penyokong Tuan Rumah