Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe menegaskan beliau sedang memantau perkembangan pemain tengah, Nor Azam Azih menjelang perlawanan persahabatan menentang Sri Lanka dan perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 5 dan 10 Oktober ini.

Azam dilaporkan mengalami kecederaan setelah membantu Pahang layak ke peringkat separuh akhir saingan Piala Malaysia 2019. Cheng Hoe tidak mahu mengambil sebarang tindakan terburu-buru dan mahu melihat perkembangan pemain berusia 23 tahun itu.

Tan Cheng Hoe
KUALA LUMPUR, MALAYSIA – MARCH 23: Malaysia’s head coach Tan Cheng Hoe issues instruction from the technical area during the Airmarine Cup final match between Malaysia and Afghanistan at Bukit Jalil National Stadium on March 23, 2019 in Kuala Lumpur, Malaysia. (Photo by How Foo Yeen/Getty Images)

“Buat masa ini, kami nak melihat perkembangan positif daripada Nor Azam kerana dia telah mempamerkan aksi yang baik dalam dua perlawanan menentang Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum ini.

“Namun, harus diingat bahawa kami tidak boleh bergantung kepada seorang pemain sahaja. Yang penting, sesiapa yang diturunkan dalam perlawanan nanti harus menunjukkan prestasi yang baik,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Sekiranya Nor Azam tidak dapat diturunkan pada dua perlawanan akan datang, bekas ketua jurulatih pasukan Kedah itu telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memanggil pemain tengah Sabah, Azzizan Nordin.

Daniel Amier
Sumber Gambar: FAM

Selain Nor Azam Azih, Cheng Hoe turut berpotensi kehilangan dua lagi pemain tengah iaitu Halim Shaari dan Daniel Amier Norhisham yang juga mengalami kecederaan.

Selain itu, pemain sayap, J.Partiban dan pemain pertahanan, Shahrul Saad juga masih belum pasti sama ada boleh diturunkan atau sebaliknya.

Selepas menjamu Sri Lanka, pasukan negara akan terbang ke Hanoi bagi menghadapi pasukan Vietnam.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan di sini:

Tan Cheng Hoe Kehilangan Lima Pemain Kerana Masalah Kecederaan

Tan Cheng Hoe Panggil Azzizan Nordin Sertai Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya

VFF Beri Jaminan Keselamatan Pemain Dan Penyokong Malaysia Bakal Dijaga