Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe hari ini telah memanggil penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli ke kem latihan pusat Harimau Malaya sebagai persiapan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand dan Indonesia.

Pemain yang berusia 21 tahun itu akan menggantikan tempat penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim untuk berlatih bersama penjaga gol Selangor, Khairul Azhan Khalid. Seorang lagi penjaga gol utama iaitu Farizal Marlias akan melapor diri pada hari esok.

Ia merupakan rezeki panggilan pertama Haziq dalam skuad senior pada tahun ini selepas menamatkan zaman bujang pada hari jumaat lepas apabila sah bergelar suami kepada seorang pelakon terkenal tanah air, Eyra Hazali.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Hazali Ramli, dengan disaksikan Pendaftar Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdul Jamel Jaafar di Masjid As-Syakirin KLCC.

Pada majlis berkenaan, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM3,001 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11. Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah. 

Tan Cheng Hoe Jelaskan Sebab Akram Mahinan Dan Halim Saari Tidak Dipanggil Ke Skuad Harimau Malaya

Ong Kim Swee Tidak Setuju Luqman Hakim Dipanggil Sertai Skuad Harimau Malaya

Tan Cheng Hoe Beri Bayangan Tiada Rombakan Besar-Besaran Dalam Skuad Harimau Malaya