Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah memanggil seramai 27 pemain bagi menyertai kem latihan pusat sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan persahabatan dan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada September ini.

Tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh Cheng Hoe dimana pemain senior yang sebelum ini telah beraksi bersama pasukan negara disenaraikan. Beberapa pemain muda seperti Dominic Tan dan Daniel Amier turut disenaraikan bagi menambah kekuatan pasukan negara.

Berikut senarai lengkap pemain yang dipanggil:

Penjaga Gol

Mohd Farizal Marlias
Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy
Mohd Ifwat Akmal Che Kassim

Pertahanan

Adam Nor Azlin
La’Vere Corbin-Ong
Shahrul Mohd Saad
Nazirul Naim Che Hashim
Matthew Davies
Muhammad Syahmi Safari
Muhammad Irfan Zakaria
Dominic Tan Jun Jin

Pemain Tengah

Mohamed Syamer Kutty Abba
Muhammad Safawi Rasid
Muhammad Akhyar Abdul Rashid
Brendan Gan
J.Partiban
Mohamadou Sumareh
Muhamad Nor Azam Abdul Azih
Mohd Faiz Mohd Nasir
Muhammad Akram Mahinan
Muhammad Hadin Azman
Muhammad Daniel Amier Norhisham

Penyerang

Norshahrul Idlan Talaha
Muhammad Syafiq Ahmad
Ahmad Hazwan Bakri
Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi
Muhamad Jafri Muhamad Firdaus Chew

Selepas perlawanan bertemu Jordan pada 30 Ogos 2019, Cheng Hoe akan mengumumkan senarai akhir 23 pemain untuk dibawa ke Jakarta bagi menghadapi perlawanan sulung Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu Indonesia pada 5 September 2019 dan seterusnya pulang semula ke tanar air untuk aksi berikutnya menentang UAE pada 10 September 2019.