Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah memanggil seramai 25 pemain bagi menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan yang akan bermula pada 30 September ini.

25 pemain ini dipanggil sebagai persediaan untuk menghadapi perlawanan persahabatan bertemu Sri Lanka pada 5 Oktober 2019 dan seterusnya aksi ketiga Kumpulan G bagi kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada 10 Oktober dan satu lagi perlawanan persahabatan bertemu Hong Kong di Stadium Hong Kong pada 15 Oktober.

Berikut adalah senarai penuh pemain yang dipanggil:

Tan Cheng Hoe
Sumber Gambar: FAM

Daripada senarai di atas, Tan Cheng Hoe mengekalkan 23 pemain dari skuad 24 pemain bagi dua perlawanan awal bertemu Indonesia pada 5 September dan UAE pada 10 September dimana hanya seorang pemain yang digugurkan iaitu pemain sayap, Mohd Hadin Azman.

Bagi melengkapkan senarai 25 pemain kali ini, bekas penolong kepada Datuk K.Rajagopal itu telah memanggil dua pemain baharu iaitu pemain pertahanan, Aidil Zafuan Abd Radzak (JDT) dan pemain tengah, Abdul Halim Saari (Selangor).

Tan Cheng Hoe
Sumber Gambar: Rilekslah.com

Pada masa yang sama, tujuh pemain diletakkan dalam senarai bersedia jika ada mana-mana dalam kalangan 25 pemain di atas disahkan mengalami kecederaan iaitu Hadin Azman (Felda Utd), Syazwan Andik Ishak (JDT), Khairul Fahmi Che Mat (Melaka Utd), Jafri Firdaus Chew (PKNS FC), Amirul Azhan Aznan (Perak) serta Azzizan Nordin dan Rawilson Batuil (Sabah).

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan negara di sini:

FIFA Ranking: Malaysia Naik 1 Tangga, Pintas Indonesia Untuk Berada Di Kedudukan 158 Dunia