Masihkah anda ingat kejutan skuad bawah 23 tahun negara (B-23) apabila mereka menewaskan UAE, 2-0 di Stadium Shah Alam pada tahun lepas? Ketika itu, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee dalam persiapan untuk menghadapi temasya sukan Asia di Indonesia.

Dua jaringan daripada Safawi Rasid dan Akhyar Rashid memastikan skuad B-23 negara mencatat kemenangan yang selesa ke atas pasukan dari teluk arab itu sebelum perlawanan dicemari oleh insiden pergaduhan di minit akhir.

FAM-6_0
Safawi Rasid menjaringkan gol ketika menentang UAE B-23. FOTO: FAM

Justeru itu, pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe cuba mendapatkan pandangan daripada Kim Swee mengenai corak permainan pasukan itu walaupun sedar skuad senior dan bawah 23 tahun adalah dua pasukan yang berbeza.

“Bagi saya pasukan senior dan bawah 23 tahun adalah berbeza. Apabila sebut mengenai pasukan kebangsaan ia berbeza dari segi corak permainan dan pemain.

“Kita tahu UAE jauh lebih baik dari segi ranking Asia dan FIFA (65). Saya selalu berkomunikasi dengan Datuk Ong Kim Swee dekat FAM apa cara sekalipun semuanya terpulang kepada pemain-pemain.

“Kita akan bagi seberapa ba­nyak maklumat kepada pemain tentang satu-satu perlawanan,” katanya seperti dipetik dalam Utusan Malaysia. 

69927292_2370279439735473_4331010275000975360_n
Sesi latihan rasmi skuad kebangsaan. FOTO: FAM

Bagaimanapun, Cheng Hoe turut menyifatkan skuad UAE bukan berkisar tentang bintang mereka, Omar Abdulrahman sahaja kerana masih ada beberapa lagi pemain lawan yang perlu diambil perhatian terutamanya penyerang prolifik yang menyinar di Piala Asia 2019, Ali Makhbout.

“Kita tidak boleh menumpukan kepada Omar Abdulrahman sahaja kerana rata-rata pemain UAE berada pada tahap terbaik untuk kempen Piala Dunia kali ini.

“Masa lawan Indonesia, kita cipta banyak peluang pada babak kedua tetapi tidak dapat menjaringkan gol.

“Berdepan UAE kali ini, mungkin kita sukar mencipta banyak peluang jadi jentera serangan perlu memanfaatkan peluang yang diperoleh sebaik mungkin.

“Selain itu, pertahanan juga perlu tingkatkan prestasi kerana dalam beberapa perlawanan sebelum ini kita banyak melepaskan gol awal dan perkara itu tidak boleh terus berulang,” katanya.

Sudahkah anda mendapatkan tiket perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 diantara Malaysia menentang UAE pada hari esok? Klik pautan artikel dibawah untuk mengetahui lebih lanjut.

TicketHotline Perkenalkan Ciri Pemilihan Zon Tempat Duduk Dan Zon Ultras Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Tiket Perlawanan Malaysia Bertemu UAE Sudah Mula Dijual Secara Online Hari Ini

Penyokong Dinasihatkan Agar Tidak Tersalah Pilih Tempat Duduk Di Stadium Nasional Bukit Jalil