Skuad Harimau Malaya berlepas ke Hanoi hari ini bagi menghadapi Vietnam dalam perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional My Dinh pada hari khamis, 10 Oktober 2019.

23 pemain akhir telah diumumkan kelmarin dan ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengesahkan tiga pemain tidak ikut serta kali ini iaitu Azam Azih, Shahrel Fikri dan J. Partiban.

Bagaimanapun, beliau lega pemain sayap naturalisasi, Mohamadou Sumareh, bebas daripada sebarang kecederaan, sekali gus memberi tonik tambahan untuk menghadapi skuad kendalian Park Hang Seo itu.

“Bertandang ke Vietnam bukan satu tugas mudah, tetapi saya hendak pemain bermain sekali lagi dengan penuh keyakinan dan kena fokus untuk dapatkan satu keputusan positif, supaya cabaran kita lebih mudah selepas ini,” katanya kepada pihak media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

71513840_2419552144808202_328192641659305984_o

Mengulas mengenai pertemuan menentang Vietnam, Cheng Hoe menegaskan anak buahnya tidak begitu risau dengan kehadiran penyokong tuan rumah yang ramai kerana pernah beraksi dalam suasana yang sama ketika dalam perlawanan akhir Kejohanan AFF 2018.

“Masalah penyokong yang ramai tidak menjadi masalah untuk kita, kerana pemain pernah beraksi di hadapan penyokong yang ramai, terutamanya di Stadium Nasional Bukit Jalil, jadi tiada halangan besar di situ.

“Cuma kita perlu berhati-hati dengan corak permainan bertahan dan serangan balas pantas daripada pemain-pemain Vietnam,” jelasnya seperti dipetik dalam Bernama.

Kali terakhir Malaysia bertemu Vietnam di Stadium My Dinh ialah pada 15 Disember 2018 dan tewas tipis  0-1 kepada tuan rumah lalu dinobatkan sebagai naib juara Piala AFF 2018.

Namun, Malaysia kali ini hadir dengan barisan pemain yang berbeza dengan kemasukan Corbin Ong serta Brendan Gan untuk memastikan benteng pertahanan dan tengah lebih kuat.

“Kami kini skuad yang berbeza sekarang ini dan kami bermain cara yang berbeza dan pemain lebih yakin ketika mengawal bola.

“Ia akan jadi satu permainan yang sukar, kerana Vietnam mempunyai rekod yang lebih baik berbanding kami, tetapi ini satu era baru, masa baru dan kami hanya perlu bermain permainan kami dan berharap ia akan membantu kami dalam perlawanan itu,” kata Brendan Gan.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya boleh dibaca melalui pautan dibawah.

Syafiq Ahmad: Ini Prestasi Terbaik Saya Dalam Karier Bola Sepak Kebangsaan Selepas Pulih Dari Kecederaan

Park Hang-seo: Barisan Serangan Malaysia Kini Semakin Tajam

Mata FIFA Ranking Malaysia Terus Meningkat, Peluang Untuk Pintas Singapura Dan Kuwait

Sumber