Pengendali pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe bercadang untuk menyenaraikan pemain tengah Terengganu FC, Lee Andrew Tuck untuk memperkuat pasukan negara bagi mengharungi perlawanan kelayakan pusingan pertama Piala Dunia 2020 dan Piala Asia 2023 pada Jun ini.

Lee Tuck ketika ini sedang dalam usaha untuk melengkapkan dokumen yang diperlukan bagi mendaftarkan beliau sebagai pemain tempatan sekaligus dibenarkan beraksi bersama skuad Harimau Malaya. Cheng Hoe berharap proses tersebut segera diselesaikan dan Tuck segera menyertai kem latihan pusat yang akan diadakan kelak.

“Lee Tuck bermain dengan begitu baik dan mempunyai ciri-ciri sebagai pemain kebangsaan.

“Harap dia boleh mendapatkan pasport Malaysia secepat mungkin supaya kita boleh daftarkan untuk (bersama) pasukan Malaysia dalam kelayakan Piala Dunia nanti,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Tan-Cheng-Hoe
Sumber Gambar: FAM

Tambah bekas pengendali Kedah ini, beliau sudah mempunyai bayangan tentang pemain mana yang akan dipanggil bagi memperkuatkan pasukan kebangsaan untuk menentang pasukan Timor Leste pada 6 dan 11 Jun nanti. Untuk makluman, kedua-dua perlawanan akan diadakan di Malaysia.

Senarai penuh barisan pemain dijangka diumumkan selepas aksi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Pakistan, Nepal atau Bangladesh pada 2 Jun depan.