Menjelang aksi persahabatan menentang Tajikistan serta perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand dan Indonesia, ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe mahu dua pemain iaitu Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad mengekalkan prestasi cemerlang mereka.

Kedua-dua pemain ini menampilkan aksi bertenaga ketika membantu Johor Darul Ta’zim memenangi Piala Malaysia 2019 dengan menewaskan pasukan Kedah di pentas akhir dan Cheng Hoe mahu prestasi di peringkat kelab dibawa ke skuad kebangsaan.

Tan Cheng
Sumber Gambar: PFAM

“Barisan serangan kita memang selalu menjadi bahan pertikaian namun selepas perlawanan peringkat separuh akhir dan pentas final Piala Malaysia, Safawi dan Syafiq menampilkan prestasi yang baik.

“Saya harap kedua-dua pemain ini dapatkan mengekalkan prestasi dan tahap keyakinan mereka bagi perlawanan pasukan negara.

“Namun, saya selalu menegaskan kepada anak-anak buah saya bahawa kekuatan pasukan bukan terletak di tangan dua atau tiga pemain. Kita perlu bekerja sebagai satu unit,” katanya ketika ditemui semalam.

Pasukan negara akan terlebih dahulu turun menentang Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 November ini sebelum mengharungi perlawanan peringkat kelayakan.

Malaysia akan bertemu Thailand pada 14 November diikuti oleh perlawanan menentang Indonesia pada 19 November di venue yang sama.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan yang telah kami sediakan di sini:

Jaringan Jarak Jauh Luqman Hakim Tarik Perhatian Selebriti Popular Tempatan

Luqman Hakim Pilihan Utama Lengkapkan Trio Serangan

Tan Cheng Hoe Jelaskan Sebab Akram Mahinan Dan Halim Saari Tidak Dipanggil Ke Skuad Harimau Malaya