Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe merancang untuk memanggil muka baharu bagi menyertai kem latihan pusat kedua pada Mei ini.

Baru-baru ini, seramai 38 pemain telah menerima suntikan vaksin dos pertama sekaligus terdapat beberapa muka baharu yang bakal dipanggil untuk dibawa ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun nanti.

Faktor utama mengapa lebih ramai pemain menerima suntikan vaksin ialah kerana terdapat kecederaan yang dialami oleh pemain utama dan langkah ini perlu diambil bagi memudahkan urusan sekiranya pemain baharu itu dipilih untuk membawa cabaran pasukan negara.

Tan Cheng Hoe
Sumber Gambar: FAM

“Kita tahu pemain seperti Shahrul Saad (Perak) cedera termasuk Rizal Ghazali (Kedah Darul Aman) dan Matthiew Davies (Johor Darul Ta’zim). Saya harapkan pemain lain bebas cedera pada masa akan datang.

“Pada masa sama, kita pun ada senarai pemain baharu dan sentiasa pantau kemampuan mereka untuk diserap dalam skuad kebangsaan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Tan Cheng Hoe
Sumber Gambar: FAM

Antara muka baharu yang menerima suntikan vaksin ialah penjaga gol Penang, Samuel Somerville, pemain tengah KL City, Akram Mahinan dan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman.

Para pemain akan dikumpulkan pada 16 Mei sebelum turun dalam dua aksi persahabatan menentang Kuwait dan Bahrain.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Arif Aiman Bakal Dipanggil Sertai Skuad Harimau Malaya

Skuad Harimau Malaya Terima Suntikan Vaksin Dos Pertama Hari Ini

Lelaki Ini Berkongsi Cerita Mengenai Masalah Yang Dihadapi Ketika Mahu Membeli Jersi ‘Original’ Penang FC