Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe memberi bayangan bakal memanggil muka baharu bagi membawa cabaran pasukan negara dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang bakal berlangsung pada hujung Disember hingga Januari 2022.

Dalam satu temu bual bersama Stadium Astro, Cheng Hoe mempunyai sebab tersendiri mengapa beliau mahu memanggil rata-rata pemain baharu bagi beraksi bersama pasukan negara.

Faisal Halim
Faisal antara pemain yang mungkin dipanggil setelah menampilkan prestasi cemerlang bersama Terengganu dalam saingan Liga Super musim ini

“Kami ingin capai sesuatu yang terbaik. Kejohanan ini mungkin memberi saya peluang untuk mencuba pemain berbeza sebagai persiapan untuk menghadapi baki kelayakan Sukan Asia (Mac depan),” katanya.

Cheng Hoe sebelum ini dikritik oleh ramai pihak terutama peminat bola sepak negara kerana tidak membawa pemain yang menampilkan prestasi cemerlang dalam saingan Liga Super untuk beraksi dalam perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun lalu.

Pemain seperti Arif Fadzilah, Faisal Halim dan Hakimi Abdullah yang menampilkan prestasi cemerlang ketika itu tidak dipanggil dimana Cheng Hoe lebih memilih untuk menyenaraikan Syahmi Safari dan Akhyar Rashid.

Undian bagi peringkat kumpulan saingan Piala AFF Suzuki 2020 akan berlangsung pada hari ini dimana Malaysia berada dalam Pot 2 bersama Myanmar.

Pada saingan edisi 2018, Malaysia mara ke perlawanan akhir namun tewas kepada Vietnam dengan keputusan 3-2 secara agregat.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Bekas Ketua Jurulatih Selangor, Ken Worden Meninggal Dunia

Perlawanan Merebut Kejuaraan Liga Premier 2021 Boleh Ditonton Di Saluran YouTube Unifi

Jordan Dan Uzbekistan Uji Kekuatan Harimau Malaya Pada Bulan Oktober