Berita pemergian penyerang bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid ke kelab Portugal menjadi bualan para peminat bola sepak tempatan sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui tidak terkejut dengan perkembangan itu dan berharap lebih ramai pemain tempatan berhijrah ke kelab luar negara.

Katanya dalam Kosmo, beliau berharap dapat melihat kelibat pemain Malaysia dalam saingan J-League seperti mana bintang Thailand, Chanathip Songkrasin (Hokkaido Sapporo) dan Theerathon Bummathan (Yokohama F Marinos) yang cemerlang bersama kelab-kelab masing.

“Sejujurnya saya tidak terkejut dengan berita ini kerana saya sentiasa percaya dia akan mendapat peluang untuk beraksi serta timba pengalaman di liga yang lebih baik.

“Kita sudah ada pemain yang beraksi di liga luar seperti Luqman (Hakim) dan Dominic (Tan). Selepas ini, saya mahu lihat pemain kita dalam Liga Jepun pula,” katanya.

Matthew Davies
Sumber Gambar: JST

Cheng Hoe juga berpendapat Safawi memang layak beraksi di eropah berdasarkan prestasinya dalam saingan AFC Champions League dan kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 tahun lepas.

Kehadiran ramai pemain yang berpengkalan di luar negara turut akan menguatkan lagi pasukan kebangsaan.

“Saya berpendapat kelab itu memang sudah pantau prestasinya bukan sahaja bersama skuad negara, malah ketika menyarung jersi JDT dalam saingan ACL.

“Sebenarnya, lebih ramai pemain negara di luar negara bakal beri impak positif terhadap skuad Harimau Malaya. Safawi pula bakal beraksi dalam salah satu liga terbaik dunia yang pernah melahirkan Cristiano Ronaldo,” ujarnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Safawi Rasid melalui pautan dibawah. 

Khalid Ali: “Pemain Seperti Safawi, Sumareh Dan Akhyar Ini Patut Main Di Liga Eropah”

TMJ: Kelab Akan Lepaskan Safawi Setelah Saingan Liga Tamat

Gol Safawi Ke Gawang Shandong Tersenarai Bagi Anugerah “AFC Goal of the Decade”