Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menegaskan beliau mahu memberi peluang kepada pemain yang jarang diturunkan dalam kesebelasan utama Harimau Malaya pada perlawanan menentang Sri Lanka esok.

Cheng Hoe mengambil keputusan sedemikian setelah beberapa pemain utama mengalami kecederaan dan tidak dapat diturunkan pada perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tan Cheng
Sumber Gambar: Stadium Astro

“Satu perasaan yang bercampur-baur. Kami mahu mendapatkan keputusan yang baik tetapi pada masa yang sama mahu mendapatkan momentum positif untuk pasukan.

“Semua orang sedar kita beraksi dengan baik pada dua perlawanan terakhir tetapi saya juga perlu memberikan peluang kepada pemain lain dalam pasukan,” kata Tan Cheng Hoe pada sidang media pra perlawanan di Bukit Jalil hari ini.

Ketika ini, seramai enam pemain mengalami kecederaan antaranya Shahrel Fikri Fauzi, Nor Azam Azih, Shahrul Saad dan J.Partiban dan situasi ini membuatkan bekas ketua jurulatih pasukan Kedah itu perlu melakukan perubahan.

Tan Cheng
Sumber Gambar: The Football Lads

Pemain seperti Akram Mahinan, Akhyar Rashid, Azzizan Nordin serta Irfan Zakaria dijangka bakal diturunkan dalam kesebelasan utama bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh pemain yang cedera.

Setelah turun berdepan Sri Lanka, pasukan negara akan terbang ke Hanoi bagi menghadapi pasukan Vietnam dalam kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung pada 10 Oktober ini di Stadium My Dinh, Hanoi.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:

Nor Azam Azih Kecewa Tidak Sempat Pulih Daripada Kecederaan

Shahrel Fikri Pemain Terbaru Masuk Dalam Senarai Kecederaan

Azzizan Nordin Mahu Manfaatkan Peluang Terhidang