Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe memuji barisan pemainnya yang berjaya melakar kemenangan 3-1 ke atas Kemboja pada aksi sulung kumpulan B Piala AFF Suzuki 2020 di Stadium Bishan, sebentar tadi.

Kali terakhir skuad negara meraih kemenangan adalah ketika bertemu Thailand pada aksi terakhir Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), 15 Jun lalu yang menyaksikan sepakan penalti Safawi Rasid menjadi pemisah kedua-dua pasukan.

Selepas itu dua kekalahan dicatatkan pada kunjungan ke Amman, Jordan bertemu pasukan tuan rumah (0-4) dan 1-5 di tangan Uzbekistan.

Mengulas mengenai kemenangan tersebut, Cheng Hoe turut mengharapkan peningkatan dapat ditampilkan anak buahnya pada perlawanan berikutnya.

“Satu pujian kepada para pemain kerana memberikan satu perlawanan yang positif dan kemenangan yang kita memang begitu dahagakannya,” ujar Tan Cheng Hoe selepas perlawanan.

“Kita kena teruskan perjuangan dan saya rasa kita banyak lagi yang perlu kita tingkatkan dari segi pemahaman sepasukan dan momentum pasukan.”

“Saya yakin pada perlawanan akan datang kita akan dapat satu momentum dan keyakinan pasukan. Yang penting saya mahu pemain-pemain kekalkan fokus dalam kempen Piala AFF Suzuki kali ini,” tambah Tan Cheng Hoe lagi.

Kemenangan penting yang dicatatkan hasil jaringan Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan R. Kogileswaran itu nyata meningkatkan moral skuad negara menjelang pertemuan kedua menentang Laos, 9 Disember nanti.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Piala AFF 2020: Malaysia Mulakan Kempen Dengan Nota Kemenangan

Faisal Halim Dan Khairulazhan Khalid Positif COVID19, Terlepas 2 Perlawanan Pertama AFF Suzuki Cup 2020

Tan Cheng Hoe:”Paling Penting Corak Permainan Dan Prestasi Pemain Meningkat Setiap Perlawanan.”