Pengendali pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe menegaskan pemain naturalisasi baharu Malaysia, Liridon Krasniqi mempunyai peluang untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya dalam aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Liridon menjadi pilihan untuk menggantikan Brendan Gan pada perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) kerana pemain Selangor itu menjalani penggantungan sekaligus tidak dapat diturunkan.

Tan Cheng Hoe
Sumber Gambar: PFAM

Menurut Cheng Hoe, meskipun Liridon baru beraksi satu perlawanan ketika menentang Kedah, namun beliau yakin Liridon bakal menampilkan prestasi terbaik.

“Kita masih lagi menilai tapi dari segi permainan, kalau kita lihat dia memang ada peluang. Tetapi, kita perlu lihat sama ada dia boleh menyesuaikan diri dengan pasukan kebangsaan nanti.

“Sebab itu kita akan memanggilnya dalam latihan pasukan negara pada pertengahan bulan ini. Saya harap dia boleh sesuaikan diri dengan cepat,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Tan Cheng Hoe
Sumber Gambar: JST

Pada masa yang sama, Tan Cheng Hoe gembira dengan prestasi yang ditampilkan oleh pemain utama skuad kebangsaan pada perlawanan pembukaan saingan Liga Malaysia musim ini.

“Setakat ini, apabila saya turun ke stadium melihat perlawanan, prestasi mereka sangat baik, sebab itu saya tak risau atau bimbang.

“Tetapi, saya masih harapkan prestasi mereka akan terus meningkat dari semasa ke semasa supaya kita mampu menyiapkan pasukan dengan sebaik-baiknya,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai pasukan Johor Darul Ta’zim di sini:

Jaringan Mauricio Tercalon Bagi Anugerah Gol Mingguan ACL 2020

Dipaksa Untuk Berkahwin Punca Prestasi Safawi Rasid Merudum?

Lima Perkara Menarik Mengenai Kemenangan JDT Ke Atas Suwon Bluewings