Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menyatakan kelegaan beliau apabila saingan Liga Malaysia akan bermula pada lima Mac ini.

Menurut Cheng Hoe, jika pemain tidak bermain dalam sebarang aksi kompetitif sebelum ke kem latihan skuad negara, beliau mengakui cukup sukar buatnya dalam memberi fokus kepada aspek taktikal dan terpaksa hanya tertumpu terhadap aspek kecergasan.

Tan Cheng Hoe
Sumber Gambar: PFAM

“Melalui situasi ini, pemain dijangka mampu berada di tahap kecergasan serta fizikal yang saya harapkan dan mereka bersedia bagi menjalani latihan untuk skuad kebangsaan.

“Jika liga ditangguhkan dan pemain yang terpilih terus sertai kem latihan, saya rasa sukar untuk menyediakan pemain dengan latihan yang bercorak taktikal malah boleh mengundang kecederaan serius dalam kalangan pemain.

“Jika situasi itu terjadi, bukan sahaja skuad kebangsaan sahaja yang rugi tetapi kelab apabila pemain cedera kerana latihan bercorak taktikal ini menuntut intensiti yang tinggi,” katanya.

Tan Cheng Hoe
Sumber Gambar: FAM

Tambah Tan Cheng Hoe, sedia membuka ruang jika ada pemain-pemain yang menyerlah dalam lima perlawanan awal Liga Malaysia namun semuanya bergantung terhadap kualiti yang ada pada pemain berkenaan.

“Seperti biasa, kami akan memantau sebarang perkembangan terhadap mana-mana pemain walaupun saya rasakan kita tidak boleh menilai 100 peratus kualiti yang ada pemain tersebut dalam lima perlawanan sahaja.

“Kami akan dapatkan gambaran terhadap pemain yang perlu diserapkan dalam pasukan nanti serta menilai secara keseluruhan sebelum dipanggil sertai pasukan kebangsaan,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Bekas Pemain Tuntut Kuantan FA Dan Marcerra United Langsaikan Tunggakan Gaji Sebelum Diheretkan Ke Mahkamah Sivil

Tidak Sampai Satu Jam, Jualan ‘Online’ Jersi JDT 2021 Sudah Habis Dijual

Tomas Trucha: Tiada Jalan Mudah, Semua Pemain Penang FC Perlu Buktikan Kemampuan