Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe berpendapat ketiadaan jurulatih tidak akan menjejaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menghadapi baki saingan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Baru-baru, Persatuan Bola Sepak (FA) UAE mengumumkan penamatan kontrak dengan Ketua jurulatih, Ivan Jovanovic berkuatkuasa serta-merta walaupun baru dilantik pada bulan disember 2019.

Meskipun perkara ini dilihat sebagai peluang kepada Malaysia, namun Cheng Hoe berpendapat sebaliknya dimana beliau menyifatkan skuad UAE tidak terkesan.

Tan Cheng
Tan Cheng Hoe

“Hendak kata mereka mengalami kepincangan, tidak kerana mereka tidak menempuhi sebarang perlawanan lagi.

“Lagipun saya rasa liga di UAE juga sedang ditunda. Masih ramai lagi pemain mereka yang berkualiti, ia tidak menunjukkan UAE dalam kepincangan.

“Apa pun kami sentiasa bersedia dengan apa jua situasi,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Tan Cheng
Ivan Jovanovic ketika dilantik sebagai ketua jurulatih UAE. FOTO: UAE

Dalam carta kumpulan G, UAE ketika ini menghuni tangga keempat dengan kutipan 6 mata manakala Malaysia menduduki tangga kedua dengan kutipan 9 mata.

Kedua-dua pasukan ini akan bertemu pada satu tarikh yang akan dikeluarkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kelak dan keputusan yang diperoleh bakal memberi impak besar terhadap peluang untuk mara ke kelayakan pusingan ketiga.

Baca artikel lain mengenai pasukann kebangsaan dan UAE di sini:

Belum Sempat Bertemu Malaysia, UAE Pecat Jurulatih Buat Kali Kedua

Media Thailand Lancarkan Propaganda Terhadap Tan Cheng Hoe, ‘Mind Game’ Untuk Malaysia Lebih ‘Lagha’

Tan Cheng Hoe: Liridon Krasniqi Berpeluang Tampil Bersama Pasukan Kebangsaan