Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe kekal dengan perancangan beliau iaitu mahu mengumpulkan pemain pada bulan November nanti meskipun tiada perlawanan antarabangsa berlangsung.

Cheng Hoe berkata beliau mahu mengumpulkan pemain bagi menjalani sesi latihan sekaligus mengadakan satu perlawanan persahabatan sekiranya mendapat kebenaran dari kerajaan.

Perancangan
Sumber Gambar: FAM

“Kami mahu mengumpulkan pemain utnuk memulakan kem latihan dan kalau boleh, kami mahu menganjurkan satu perlawanan persahabatan tetapi ia perlu mendapat lampu hijau daipada kerajaan.

“Kerana sebarang perlawanan persahabatan melibatkan negara lain perlu mendapatkan persetujuan daripada kerajaan untuk membenarkan pasukan tersebut datang ke Malaysia,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Pasukan negara dijadual berdepan Kuwait dan Bahrain dalam siri perlawanan persahabatan namun perancangan itu terpaksa ditunda ekoran pandemik COVID-19.

Perancangan
Tan Cheng Hoe dan Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi. Sumber Gambar: FAM

Tambah Cheng Hoe, beliau mahu mengumpulkan pemain setelah saingan Liga Malaysia tamat sekaligus tidak mengganggu perjalanan liga domestik.

“Kami memang tidak mahu mengganggu kelancaran perlawanan (Liga Malaysia) kerana kami tidak mempunyai perlawanan kompetitif pada Oktober depan.

“Kami harap liga dapat berjalan dengan lancar dan pemain juga ada masa rehat,” tambahnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan di sini:

Luqman Kini Tersenarai Dalam 60 Calon ‘Golden Boy 2020’

Gol Indra Putra Ke Gawang China Tersenarai Dalam “AFC Cup Greatest Goal”

Brad Maloney Fokus Persiapkan Skuad B-19 Tahun Negara, Enggan Layan Khabar Angin