Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menerima tamparan hebat menjelang perlawanan persahabatan menentang Sri Lanka dan juga kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam apabila kehilangan lima pemain tonggak akibat daripada kecederaan.

Antara pemain yang mengalami kecederaan ialah Nor Azam Azih, Daniel Amier Norhisham, J.Partiban, Abdul Halim Saari dan pemain pertahanan Shahrul Saad. Setakat ini, Cheng Hoe telah memanggil pemain tengah Sabah, Azzizan Nordin bagi mengisi tempat yang ditinggalkan oleh Nor Azam Azih.

Bekas penolong kepada Datuk K.Rajagopal itu mengakui bahawa beliau pening kepala memikirkan mengenai barisan pemain yang akan diturunkan pada perlawanan menentang Sri Lanka dan Vietnam nanti.

Tan Cheng Hoe
KUALA LUMPUR, MALAYSIA – MARCH 23: Malaysia’s head coach Tan Cheng Hoe issues instruction from the technical area during the Airmarine Cup final match between Malaysia and Afghanistan at Bukit Jalil National Stadium on March 23, 2019 in Kuala Lumpur, Malaysia. (Photo by How Foo Yeen/Getty Images)

“Semua 25 pemain sudah melaporkan diri dan sekurangnya lima pemain mengalami kecederaan sekali gus mengambil masa sekurangnya empat hari untuk pulih. Vietnam sudah membuat persiapan awal dengan membariskan pemain terbaik untuk menerima kunjungan Malaysia nanti dan sudah tentu kita juga perlu berbuat demikian.

“Azam sememangnya mengalami kecederaan buku lali dan kita mengharapkan dia berada dalam pasukan kerana persembahan mantapnya sebelum ini ketika menentang Indonesia dan Emeriah Arab Bersatu (UAE),” katanya menurut laporan Harian Metro.

Skuad kebangsaan akan bertemu Sri Lanka di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 5 Oktober ini dan kemudiannya diikuti dengan aksi menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada 10 Oktober nanti.

Baca perkembangan mengenai pasukan kebangsaan di sini:

Tan Cheng Hoe Panggil Azzizan Nordin Sertai Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya

VFF Beri Jaminan Keselamatan Pemain Dan Penyokong Malaysia Bakal Dijaga

FAM Tidak Sempat Cari Pengganti Hong Kong Untuk Aksi Persahabatan Antarabangsa