Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe nyata kecewa pasukannya tidak dapat melangsungkan perlawanan persahabatan sebagai persiapan untuk menghadapi saingan kelayakan Piala Asia 2023.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat keputusan untuk memulangkan semula tarikh bagi panggilan skuad kebangsaan bagi jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 30 Ogos hingga 7 September ini kepada Malaysian Football League (MFL) untuk dilangsungkan perlawanan Liga Malaysia 2021 pada tempoh tersebut.

Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, Cheng Hoe meluahkan kekecewaan beliau namun berharap dapat beraksi pada jendela perlawanan FIFA yang seterusnya pada Oktober dan November.

“Kami di barisan jurulatih dan Persatuan Bola Sepak Malaysia sedang berbincang untuk jendela perlawanan bagi bulan Oktober dan November.

“Kami berharap pada Oktober dan November nanti kita mendapat lampu hijau untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan,” katanya.

Permohonan FAM untuk mengadakan dua perlawanan antarabangsa di negara ini yang membabitkan pasukan negara dalam tempoh jendela FIFA itu sehingga ke hari ini masih belum mendapat sebarang kebenaran atau kelonggaran yang diperlukan untuk pengendalian perlawanan antarabangsa ini.

Disebabkan itu, negara-negara antarabangsa lain yang terlibat tidak dapat menunggu lagi untuk kebenaran yang perlu didapati daripada FAM dan mereka terpaksa membuat keputusan untuk membuat perancangan lain bagi pasukan masing-masing.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia dia sini:

Liridon Krasniqi Bakal Sertai Kelab Liga Super India?

Peminat Thailand Mahu Jurulatih Tempatan Kendalikan Skuad Kebangsaan

Jawapan Safee Sali Berkenaan Isu Merokok Pemain Tempatan Dalam ‘IG Story’ Dikecam Hebat Netizen