Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menegaskan beliau dan staf kejurulatihan yang lain sudah mengkaji corak permainan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjelang aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Jun nanti.

Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, Cheng Hoe menegaskan pemantauan yang dilakukan sedikit sebanyak memberikan gambaran mengenai bagaimana skuad bimbingan Bert van Marwijk itu akan beraksi.

“Kami di barisan kejurulatihan bukan saja memantau perlawanan antara UAE menentang India. Sebelum ini kami iuga melihat perlawanan menentang Uzbekistan, Tajikistan dan Bahrain.

“Juga juga mendapat info mengenai kesebelasan utama yang diturunkan. Ini sedikit sebanyak memberi kami gambaran apabila turun pada perlawanan (kelayakan) pertama pada Jun nanti,” kata Tan Cheng Hoe.

Malaysia akan turun berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun depan sebelum berdepan skuad kendalian Park Hang-seo iaitu Vietnam lapan hari kemudian.

Tan Cheng Hoe
Sumber Gambar: FAM

Aksi penutup perlawanan kelayakan pula menyaksikan skuad Harimau Malaya akan menghadapi tentangan dari Thailand pada 15 Jun depan.

Malaysia ketika ini berada di tangga kedua Kumpulan G dengan sembilan mata, kurang dua mata di belakang pendahulu iaitu Vietnam.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Rahadiazli Rahalim Mahu Ambil Pengalaman Dari Pemain Senior

Kekuatan Jenama JDT Bawa Pulangan Lumayan Kepada Para Penaja

Subkhiddin Kongsikan Jenis Hukuman Yang Mungkin Dikenakan Terhadap Natxo Insa