Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe kagum dengan prestasi yang ditampilkan oleh tiga pemain muda dalam kem latihan pusat yang berakhir pada 28 Mac lalu.

Dalam kem latihan pusat kali ini, Cheng Hoe menyenaraikan tiga pemain muda iaitu Luqman Hakim, Rahadiazli Rahalim serta Ramadhan Saifullah dan pengendali berusia 52 tahun ini nyata berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan.

“Pemain baharu seperti Luqman mempunyai potensi yang besar dan penjaga gol, Rahadiazli menunjukkan beliau mempunyai bakat terbaik. Selain itu, kami melihat Ramadhan menunjukkan satu komitmen serta disiplin yang tinggi.

“Ini adalah tiga pemain muda yang akan menjadi masa depan pasukan kebangsaan. Mereka mampu untuk memberi sumbangan kepada pasukan,” kata Cheng Hoe dalam satu temu bual bersama Astro Arena.

Tambah Cheng Hoe, kini barisan kejurulatihan sedang berbincang bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Malaysia Football League (MFL) untuk mendapatkan tempoh kem latihan yang lebih lama pada sesi berikutnya.

Tiga negara iaitu Bahrain, Australia dan Jordan mungkin dijadikan sebagai destinasi untuk kem latihan pusat yang seterusnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan kebangsaan di sini:

Kem Latihan Skuad Kebangsaan Dipendekkan, Tan Cheng Hoe Beri Ruang Kepada Pemain Dan Kelab Buat Persiapan

Tan Cheng Hoe Nilai Kemampuan Pemain Tengah Lain Untuk Menggantikan Brendan Gan

Syahmi Safari: Persaingan Kompetitif Di Pertahanan Kanan, Komunikasi Amat Penting Cari Keserasian

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group