Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe menggesa anak buahnya agar tidak terpedaya dengan taktik permainan minda yang dilancarkan oleh Vietnam menjelang pertemuan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 12 Jun ini.

Sebelum ini, ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mendedahkan beliau akan mengemas beg dan pulang ke Korea Selatan sekiranya skuad bimbingannya gagal mara ke pusingan ketiga.

Tan Cheng Hoe
Park Hang-seo. FOTO: Vietnamnet

“Saya warga Korea Selatan yang sedang mengendalikan pasukan kebangsaan Vietnam. Kalau tidak dapat keputusan yang bagus, saya akan kemas beg dan pulang ke rumah. Itu tidak dapat dielakkan,” katanya.

Cheng Hoe kemudiannya menegaskan bahawa Hang-seo sememangnya terkenal dengan seorang jurulatih yang penuh dengan taktik dan menakut-nakutkan pihak lawan.

“Itu memang caranya. Kami sudah beberapa kali berdepan dengan beliau dan dia sering menggunakan permainan minda untuk menganggu pihak lawan.

Tan Cheng Hoe
Sumber Gambar: FAM

“Lebih baik kami abaikan beliau dan memberikan sepenuh fokus terhadap corak permainan kami,” katanya menurut laporan The Star.

Cheng Hoe menegaskan perlawanan menentang Vietnam merupakan cabaran tersendiri memandangkan pasukan negara belum pernah meraih kemenangan ke atas skuad The Golden Dragons sejak pasukan itu dibimbing oleh Hang-seo.

Skuad Harimau Malaya wajib mengutip kemenangan ke atas Vietnam dan Thailand sekiranya mahu mencerahkan peluang mara ke pusingan ketiga peringkat kelayakan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan di sini:

Junior Eldstal Alami Kecederaan, Tidak Dapat Diturunkan Menentang Vietnam

Khalid Ali: “Cara De Paula Main Memang Begitu Sebab Dia Penerima Bola”

Park Hang-seo: “Kalau Tidak Dapat Keputusan Bagus, Saya Akan Kemas Beg Dan Pulang”