Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe semalam telah memanggil penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli ke kem latihan pusat Harimau Malaya bagi menggantikan tempat Ifwat Akmal Chek Kassim sebagai persiapan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand dan Indonesia.

Namun timbul persoalan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan sama ada Ifwat digugurkan kerana melepaskan 11 gol dalam tiga aksi terakhir Piala Malaysia ataupun kerana faktor lain-lain di luar padang.

Mengulas mengenai isu tersebut, pengendali skuad negara, Tan Cheng Hoe menjelaskan Ifwat telah meminta pelepasan bagi tugasan antarabangsa kali ini atas alasan urusan peribadi.

“Sekiranya pemain ada masalah atau urusan peribadi, kita perlu hormat keputusan itu. Sebagai jurulatih, saya hormat keputusan itu.

“Saya tidak boleh 100 peratus menyalahkan Ifwat kerana bola sepak bukan melibatkan seorang pemain. Kita perlu tengok secara keseluruhan.

“Namun, ini bukan bermaksud saya katakan Kedah sebagai pasukan yang tidak bagus, jangan salah faham. Ifwat bermain dengan baik sama ada di Kedah ataupun ketika bersama pasukan kebangsaan,” katanya dalam Sinar Harian. 

Kedah
Aksi Ifwat Akmal ketika menentang Perak dalam perlawanan akhir Piala FA 2019. FOTO: MFL

Kemasukan Haziq Nadzli akan menambah kekuatan di posisi penjaga gol bersama penjaga gol Selangor, Khairul Azhan Khalid dan seorang lagi penjaga gol utama iaitu Farizal Marlias.

“Pemilihan Haziq adalah yang terbaik. Dia bermain dengan baik dan konsisten bersama kelab (JDT II). Ini juga pendedahan awal terbaik untuknya sebelum Sukan SEA nanti.

“Ia sedikit sebanyak memberi keyakinan kepada dia sebab bukan mudah bermain dalam pasukan senior kerana tahap yang berlainan. Haziq perlu kerja keras untuk mencari rentak,” ujarnya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah. 

Tan Cheng Hoe Panggil Haziq Nadzli Sertai Kem Latihan Pusat Ganti Tempat Ifwat Akmal

Tan Cheng Hoe Jelaskan Sebab Akram Mahinan Dan Halim Saari Tidak Dipanggil Ke Skuad Harimau Malaya

Ong Kim Swee Tidak Setuju Luqman Hakim Dipanggil Sertai Skuad Harimau Malaya

Sumber