Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, pemain pertahanan kacukan yang berprofil tinggi, Dion Cools tersenarai dalam 24 pemain terakhir skuad Malaysia ke saingan AFF Suzuki Cup 2020 di Singapura.

Namun, berdasarkan maklumat terkini Dion Cools dijangka akan tiba sedikit lewat untuk bersama-sama skuad Malaysia di Singapura.

Mengikut maklumat yang diperolehi dari laman web rasmi kelab FC Midtjylland, mereka mempunyai 3 lagi perlawanan pada bulan Disember ini iaitu;

  • 5 Disember: Suku Akhir 1, Danish Cup
  • 10 Disember: Europa League, Peringkat Kumpulan
  • 13 Disember: Suku Akhir 2, Danish Cup

Apa yang lebih menarik, saingan AFF Suzuki Cup membuka tirai pada 5 Disember untuk kumpulan A dan 6 Disember untuk kumpulan B.

Sekiranya Dion Cools hanya dilepaskan selepas tamat perlawanan suku akhir 2, Danish Cup beliau hanya akan sempat beraksi untuk perlawanan bertemu Indonesia pada peringkat kumpulan yang dijadualkan pada 19 Disember.

Ketika diajukan soalan mengenai adakah Dion Cools akan tiba lebih awal ataupun tidak, ini reaksi yang diberikan oleh Tan Cheng Hoe.

“Setakat ini, mengikut komunikasi yang dibuat bersama beliau, perkara itu masih berada dalam peringkat awal untuk beliau menyertai kami. Kami harap kelab beliau boleh diberikan kebenaran untuk dilepaskan lebih awal.”

“Jika dia boleh menyertai pasukan lebih awal, adalah lebih baik.”

Kelab FC Midtjylland akan mula ‘bercuti’ musim sejuk selepas saingan suku akhir 2 Danish Cup, dan kejohanan itu adalah penting kerana pasukan yang bergelar juara akan menerima slot ke pusingan ke-3 kelayakan Europa League musim akan datang.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti  dibawah.

Tan Cheng Hoe:”Paling Penting Corak Permainan Dan Prestasi Pemain Meningkat Setiap Perlawanan.”

Tan Cheng Hoe Panggil Arif Aiman Dan Kalamullah Al-Hafiz Lapor Diri Ke Kem Latihan Skuad AFF Suzuki Cup 2020

Datuk Hamidin: “Kita Mesti Kalahkan Vietnam Untuk Buktikan Malaysia Kuat Dan Hebat”