Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe menegaskan anak-anak buahnya tidak boleh memberikan tumpuan lebih kepada satu pemain lawan sahaja iaitu Chanathip Songkrasin pada perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Menurut Cheng Hoe, Chanathip sememangnya pemain yang mempunyai kualiti tersendiri namun pasukan Thailand secara keseluruhan merupakan satu pasukan yang tidak boleh di pandang rendah.

Tan Cheng Hoe
Sumber Gambar: PFAM

“Chanathip sudah lama beraksi bersama Thailand dan beliau merupakan pemain yanh cukup kreatif, cukup berbahaya dan beliau turut mempunyai pengalaman beraksi di Liga Jepun.

“Namun, kita tidak boleh memberikan tumpuan kepada seorang pemain sahaja. Thailand secara keseluruhan merupakan satu pasukan yang berbahaya.

“Mereka menampilkan prestasi yang memberangsangkan dan kami perlu meningkatkan permainan kami bagi mencabar mereka,” kata Cheng Hoe pada sidang media praperlawanan di SNBJ semalam.

Tan Cheng Hoe
Sumber Gambar: Changsuek

Pemain yang beraksi bersama Consadole Sapporo dalam saingan J1 League itu kembali memperkuat skuad Gajah Perang setelah beliau tidak diturunkan pada perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan lalu.

Chanathip yang turut digelar “Messi Jay” dijangka mengisi barisan serangan di samping seorang lagi pemain bintang, Teerasil Dangda serta diapit oleh dua pemain muda meningkat naik, Ekanit Panya dan Supachok Sarachat pada perlawanan malam ini.

Baca artikel lain mengenai perlawanan antara Malaysia menentang Thailand di sini:

16.67 Mata FIFA Ranking Bakal Menjadi Milik Malaysia Jika Mampu Tumpaskan Thailand Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Akira Nishino Tidak Benarkan Pemain Thailand Ditemu Bual Wartawan

Tan Cheng Hoe Beri Bayangan Perubahan Dalam Kesebelasan Utama