Mungkin ramai yang terkejut semalam apabila aksi separuh masa ke-2 bermula dan kita dapat menyaksikan pemain pertahanan tengah, Dion Cools diarahkan untuk beraksi dibahagian atas.

Pada masa yang sama Dominic Tan dibawa masuk untuk bergandingan dengan Junior Eldstal, Syahmi Safari dan juga Rizal Ghazali.

Perkara ini telah menimbulkan persoalan kepada penyokong Malaysia terutamanya.

Ketua jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe juga tidak terlepas dari pertanyaan itu ketika sidang media berlangsung sejurus tamat perlawanan semalam.

Apa coach fikir mengenai Dion Cools? Dia kelihatan tidak berjaya menyamai kelajuan pemain Indonesia.

“Secara keseluruhannya, Dion Cools bermain dengan baik, dia memberikan yang terbaik untuk pasukan dan bola sepak bukan dimainkan berseorangan.”

“Pemain-pemain dalam pasukan perlu gel together dan bermain dengan bagus. Kita tidak boleh bergantung kepada dia 100%.”

“Bagaimanapun, dengan adanya dia telah memberikan stabiliti serta motivasi namun malangnya kita telah bolos beberapa soft goal.”

Sepanjang tempoh coach bersama pasukan Malaysia, anda mempunyai gaya permainan tersendiri. Adakah anda fikir apa yang pasukan pamerkan dalam separuh masa kedua perlawanan – bila anda letakkan Dion Cools dihadapan, nampak seperti anda menggunakan hantaran high ball dan long ball untuk serangan dan bukan dari bawah. Apakah ini yang dirancangkan?

“Kita cuba untuk menolak Dion Cools ke barisan hadapan kerana kita ketinggalan 1-2, dan kita perlukan gol penyamaan.”

“Malangnya, kita dibolosi. Indonesia melalui beberapa set-pieces melakukan serangan balas.”

“Menuju ke hujung perlawanan, kita membawa masuk Guilherme De Paula dan kita cuba segalanya untuk mendapatkan gol.”

Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan oleh Tan Cheng Hoe diatas, jelas bahawa beliau mahu menggunakan ketinggian fizikal pemain-pemain seperti Dion Cools dan Guilherme De Paula untuk mencari gol penyamaan yang pantas di separuh masa ked-2.

Tetapi, ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong kelihat sudah dapat ‘membaca’ apa yang hendak dilakukan oleh Tan Cheng Hoe dengan memasukkan pemain tinggi lampai diposisi pertahanan tengah, Elkan Baggott untuk menangani sebarang risiko bola tinggi masuk ke kotak penalti Indonesia.

Perancangan Tan Cheng Hoe itu gagal membuahkan hasil dan sebaliknya Elkan Baggott turut mencetak nama selaku penjaring gol ke-4 pada minit ke 82 hasil sepakan sudut disebelah kanan gol Malaysia.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Pemain Malaysia ‘Kaput’ Awal, Gagal Saingi Intensiti Dan Tempo Pasukan Indonesia Punca Utama ‘Barai’

Faisal Halim:”Jujur Kepada Semua Orang, Saya 100% Bersedia Mental Dan Fizikal Bertemu Indonesia!”

“Penganjur Goblok, AFF Mafia”, Penyokong Indonesia Mengamuk Elkan Baggott Kena Kuarantin