Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe memberi sebab utama mengapa beliau menyenaraikan dua pemain muda iaitu Luqman Hakim dan Arif Aiman bagi menyertai kem latihan pusat menjelang baki perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Jun ini.

Menurut Cheng Hoe, kedua-dua pemain menampilkan prestasi yang baik bersama kelab masing-masing dan perkara ini dilihat mampu untuk membantu pasukan negara.

Hakim
Sumber Gambar: FAM

“Luqman telah membuktikan kemampuan beliau bersama skuad B-16 dan B-19 tahun. Beliau mampu untuk menjaringkan gol dan dia mempunyai potensi.

“Tambahan pula, beliau berlatih di Belgium sebelum ini. Saya pasti beliau menjadi pemain yang lebih baik kerana pendedahan yang diberikan kepadanya di sana dan itu akan menjadi senjata kami.

“Untuk Arif, saya telah memerhatikan beliau untuk jangka masa yang lama. Dia telah beraksi dengan cemerlang dalam saingan Liga Super dan sebab itu saya memanggil beliau,” kata Cheng Hoe menurut laporan The Star.

Hakim
Sumber Gambar: JST

Pasukan negara akan menjalani latihan pada 16 hingga 19 Mei ini sebelum terbang ke UAE pada 20 Mei untuk bertemu Kuwait dalam satu aksi pemanas badan tiga hari kemudian.

Pemain dan pegawai kemudiannya akan terbang ke Manama bagi menghadapi Bahrain dalam satu lagi aksi pemanas badan pada 28 Mei sebelum kembali ke UAE bagi menghadapi baki perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 berdepan UAE (3 June), Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Gary Steven Robbat Bakal Sertai Melaka United

Tan Cheng Hoe Percaya Pemain Dipanggil Adalah Barisan Terbaik

Perak Bakal Berdepan Hukuman Kerana Tindakan Penyokong Baling Suar