Ketiadaan pemain kebangsaan yang menerima anugerah Pemain Terbaik Perlawanan ketika berdepan Kemboja, Akhyar Rashid terjawab malam ini selepas ketua jurulatih negara Tan Cheng Hoe mengesahkan pemain itu positif COVID19.

Dalam sidang media selepas perlawanan bertemu Laos sebentar tadi, Tan Cheng Hoe mendedahkan perkara itu selepas diajukan  soalan mengenai apa yang berlaku kepada Akhyar Rashid (tiada dalam skuad).

“Akhyar telah beraksi dengan baik dan merupakan pemain terbaik perlawanan sebelum ini berdepan Kemboja.”

“Tetapi disebabkan keputusan ujian COVID19 yang dilakukan pagi tadi, dia positif  dan tidak available untuk perlawanan hari ini. Diharapkan dia akan kembali pulih segera dan menyertai pasukan.”

Dengan apa yang berlaku kepada Akhyar Rashid itu, menjadikan 3 pemain Malaysia sudah positif dijangkiti COVID19 selepas Faisal Halim dan Khairulazhan beberapa hari lalu.

Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.

Tender Sediakan Makanan 2 Kali Sehari, Pemain Vietnam Boleh Pilih 100 Menu Sepanjang Piala AFF 2020

Kedutaan Vietnam Di Singapura Hantar Meja Pingpong Ke Hotel Untuk Elak Pemain Vietnam Mati Kutu

Ini Reaksi Tan Cheng Hoe Mengenai Isu De Paula ‘Koyak’ Dan Baling Botol Air Dibangku Simpanan