Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe kemungkinan akan mengekalkan barisan yang sama bagi menghadapi Thailand dan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada bulan November depan.

Beliau menjelaskan setakat ini masih berpuas hati dengan prestasi pemain meskipun catat dua kekalahan tipis kepada UAE dan Vietnam serta dijangka akan membawa masuk satu atau dua pemain baharu.

“Saya rasa pemain-pemain utama dalam pasukan kita akan kekal cuma mungkin kalau ada rombakan pun mungkin membabitkan satu atau dua pemain sahaja. Kita juga ada lebih tiga minggu untuk membuat persiapan dan saya harap segalanya akan berjalan dengan lancar,” katanya kepada Bernama.

72884170_2429106170519466_5696734313769336832_n
FOTO: FAM

Dalam perlawanan menentang Vietnam, skuad Harimau Malaya gagal mempamerkan corak permainan seperti yang diharapkan apabila jentera serangan kelihatan buntu merobek gawang tuan rumah selepas ketiadaan perancang tengah dari Pahang, Azam Azih akibat kecederaan.

Cheng Hoe berharap Azam Azih dapat sembuh secepat mungkin daripada kecederaan bagi membantu jentera serangan.

“Kita sememangnya menagih aksi Azam yang menjadi antara pemain penting dalam pasukan. Cuma sekarang ini kena tengok secepat mana dia dapat pulih daripada kecederaannya,” katanya.

Pahang
FOTO: FAM

Malaysia perlu manfaatkan kelebihan di halaman sendiri untuk mengutip 3 mata penuh dan seterusnya menghidupkan peluang mendapatkan tiket automatik ke Piala Asia 2023.

“Kita tidak boleh sia-siakan peluang ini lebih-lebih lagi sebelum ini kita dah kalah kepada Vietnam jadi ia sedikit sebanyak telah menjejas kita punya langkah ke peringkat ketiga dalam kelayakan Piala Dunia,” katanya.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Tan Cheng Hoe Akui Jentera Serangan Skuad Harimau Malaya Gagal Berfungsi Dengan Baik

Park Hang-seo Gembira Vietnam Kekalkan Rekod Baik Menentang Malaysia

Jaringan Quang Hai Musnahkan Harapan Malaysia Kutip Tiga Mata Penuh

Sumber