Menjelang perlawanan kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang pasukan Thailand, ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe memberi bayangan beliau akan membuat perubahan dalam kesebelasan utama.

Menurut Cheng Hoe, perlawanan menentang Thailand adalah penting untuk pasukan negara dan beliau perlu melihat dari semua aspek bagi memastikan Malaysia mampu memberikan cabaran.

Tan Cheng
Sumber Gambar: PFAM

“Seperti yang kita tahu, Thailand membawa pemain terbaik mereka kali ini. Sebagai jurulatih, kami perlu memberikan tumpuan yang berlainan kerana mereka merupakan pasukan berbeza daripada tahun lalu ketika kita menewaskan mereka.

“Selain itu, Thailand mempunyai jurulatih yang berpengalaman dan pernah membimbing pasukan pada temasya Piala Dunia. Motivasi pemain sudah pasti berbeza dan kami perlu memberikan tumpuan khususnya di bahagian serangan.

“Staf kejurulatihan masih mempunyai masa dan kami sedang menilai mengenai barisan yang akan diturunkan pada perlawanan esok,” kata Tan Cheng Hoe pada sidang media praperlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Tan Cheng
FOTO: FAM

Bekaa pengendali pasukan Kedah itu membuat beberapa pertukaran khususnya di bahagian tengah dan serangan ketika Malaysia menewaskan Tajikistan dalam satu perlawanan persahabatan minggu lalu.

Brendan Gan, Afiq Fazail dan Nor Azam Azih dijangka bakal membarisi barisan tengah manakala Syafiq Ahmad, Norshahrul Idlan Talaha, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh bakal mengemudi jentera serangan.

Dalam carta kumpulan G, Malaysia kini berada di tangga keempat dengan kutipan tiga mata manakala Thailand berkongsi kedudukan pendahulu dengan pasukan Vietnam dengan kutipan tujuh mata.

Baca artikel lain mengenai perlawanan antara Malaysia menentang Thailand di sini:

Tan Cheng Hoe Ada Sebab Gugurkan Shahrel Fikri Dan Gunakan Khidmat Norshahrul Idlan Talaha

Kapten Thailand: Perbezaan Rumput Mungkin Beri Impak, Nittiphong Selanon Calon Utama Kekang Safawi-Sumareh

Tonggak Pertahanan Thailand, Manuel Tom Bihr Jangka Kemenangan Di Bukit Jalil Dan Seri Bertemu Vietnam