Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe membalas balik kritikan yang dilontarkan oleh ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo mengenai usaha Malaysia membawa pemain gantian dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020.

Menurut Cheng Hoe, pasukan bertanding perlu memahami situasi yang sedang dialami oleh pasukan negara dan meminta untuk bertolak ansur kerana perkara yang terjadi di luar kawalan pasukan negara.

Tan Cheng Hoe
Sumber Gambar: FAM

“Kita faham peraturan pertandingan ini, tetapi kita juga kena faham kadang-kadang berlaku kejadian luar jangka dalam situasi Covid-19 ini. Saya pasti pasukan lain juga mungkin menghadapi masalah sama, dan kita pun faham situasi itu.

“Jadi pasukan perlukan fleksibiliti untuk menukar pemain, malah peraturan membenarkan (pertukaran) bagi posisi penjaga gol, saya fikir tiada masalah, kerana kita bukannya meminta tukar pemain posisi lain. Kecuali peraturan kata penjaga gol pun tak boleh kita kena harungi jugalah,” kata Tan Cheng Hoe.

Sebelum ini, Hang-seo menyifatkan permohonan Malaysia untuk menukar pemain ketika saingan Piala AFF Suzuki 2020 sedang berlangsung di Singapura adalah tidak munasabah.

“Sejak dari awal lagi, penganjur kejohanan telah menetapkan satu peraturan yang jelas dan cara untuk mengendalikan pemain yang dijangkiti COVID-19. Peraturan membenarkan setiap pasukan membawa 30 orang pemain.

“Tidak munasabah mereka meminta untuk menambah atau menukar pemain ketika kejohanan sedang berlangsung. Sebelum ke Singapura, semua pasukan telah dimaklumkan mengenai situasi ini dan kami perlu sentiasa lebih bersedia.

“Kalau Vietnam minta untuk tukar Hun Dung sebelum berlepas, ianya memang tidak dibenarkan. Oleh itu, saya fikir tidak masuk akal untuk menukar pemain sekarang ketika dua perlawanan sudah berlangsung. Ini di luar pemahaman saya,” kata Park Hang-seo.

Ketika ini, 4 pemain skuad Harimau Malaya disahkan positif COVID-19 melalui keputusan ujian saringan PCR yang dijalankan. Situasi itu menyebabkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat permohonan rasmi kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) untuk menukar pemain di posisi penjaga gol.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Piala AFF Suzuki 2020 di sini:

VFF ‘Tabur’ Duit Bonus Kemenangan RM181,000 Selepas Berjaya Tumbangkan Malaysia

Park Hang-seo: Kemenangan Ke Atas Malaysia Bukan Kayu Pengukur Kekuatan Sebenar Vietnam

Nguyen Tuan Anh “Confess” Tidak Cergas Sepenuhnya Ketika Menang Selesa Keatas Malaysia