Ketua jurulatih pasukan kebangsaan, Tan Cheng Hoe menganggap kelibat tiga pemain naturalisasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) sememangnya mempunyai kualiti yang tersendiri selain memberi kelebihan besar buat pasukan dari Timur Tengah itu.

Tiga pemain yang dimaksudkan ialah Sebastian Lucas Taglibue yang telah menjaringkan 146 gol dalam tempoh tujuh musim bersama Al-Wahda. Dua lagi pemain ialah Caio Canedo dan Fabio Virginio de Lima. Ketiga-tiga pemain ini dikhabarkan telah menerima pasport UAE.

Tan Cheng
Sebastian Lucas Taglibue

Malaysia akan bertandang ke Dubai bagi menghadapi UAE pada perlawanan peringkat kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dan tiga pemain ini bakal diturunkan bagi mencerahkan semula peluang pasukan itu untuk mara ke pusingan ketiga.

“Kita tahu sekarang ini UAE berada dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan kemenangan sebab itu mereka ambil tiga pemain naturalisasi. Memang kita dah tengok dalam liga itu ketiga-tiganya ada kekuatan mereka di bahagian serangan. Jadi memang (kehadiran) mereka ini memang memberi banyak kelebihan dan kekuatan dan juga keyakinan kepada pasukan UAE.

Tan Cheng
Sumber Gambar: PFAM

“Apapun, kita tetap ada persiapan terbaik dan akan gunakan sebaiknya tempoh masa yang ada sebelum berdepan UAE,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Pada perlawanan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil September lalu, pasukan negara membuka tirai jaringan menerusi tandukan Syafiq Ahmad namun dua jaringan Ali Mabkhout menyebabkan pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe berputih mata.

Baca artikel lain mengenai pasukan kebangsaan di sini:

RASMI: AFC Sahkan Venue Perlawanan Bertemu UAE Dan Vietnam, Malaysia Jumpa Bahrain Dalam Perlawanan Persahabatan

Yusoff Mahadi Mahu Skuad Harimau Malaya Takluk Asia Tenggara Pada Tahun 2020

Kuwait Bakal Uji Kekuatan Harimau Malaya Pada Bulan Jun 2020