Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menyifatkan Indonesia telah menjalani persiapan yang baik selain mempunyai barisan pemain yang laju dalam saingan Piala AFF Suzuki 2020.

Malaysia akan turun menentang Indonesia pada aksi terakhir kumpulan B dimana perlawanan akan berlangsung pada 19 Disember ini dan Harimau Malaya wajib mencatat kemenangan jika mahu mara ke peringkat separuh akhir.

โ€œShin Tae-yong membawa ramai pemain muda dan dari segi kelajuan mereka cukup pantas dan laju. Malah dari segi persiapan mereka juga terbaik, mereka sudah mengadakan latihan di Turki dan perlawanan persahabatan dengan Afghanistan dan Myanmar dan meraih keputusan terbaik,โ€ kata Tan Cheng Hoe.

Pada perlawanan menentang Vietnam semalam, Indonesia berjaya mengikat juara bertahan itu sekaligus meraih satu mata selepas perlawanan berakhir dengan keputusan 0-0.

Meskipun skuad bimbingan Park Hang-seo menguasai permainan, namun pemain Indonesia cukup berdisiplin ketika bertahan dan berjaya menafikan segala percubaan yang dilakukan oleh pemain lawan.

Ketika Indonesia berada dalam keadaan terbaik menjelang perlawanan Ahad ini, Malaysia pula sebaliknya dimana pasukan negara serba kekurangan apabila kehilangan dua pemain utama di bahagian pertahanan.

Aidil Zafuan dan Shahrul Saad tidak dapat beraksi menentang Indonesia setelah kedua-dua pemain mengalami kecederaan pangkal paha pada perlawanan menentang Vietnam yang menyaksikan pasukan negara tewas dengan keputusan 3-0.

Bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Aidil dan Shahrul, Cheng Hoe bakal menurunkan Dion Johan Cools yang menyertai pasukan pada hari ini dengan seorang lagi pemain iaitu Dominic Tan.

Tiga daripada empat pemain yang disahkan positif COVID-19 sebelum ini iaitu Faisal Halim, Khairulazhan Khalid dan Quentin Cheng kini sudah boleh menyertai pasukan negara dan ketiga-tiga pemain sedikit-sebanyak membantu pasukan negara.

Indonesia ketika ini menduduki tangga teratas dalam kumpulan B diikuti Vietnam dimana kedua-dua pasukan mempunyai tujuh mata namun dibezakan dengan jumlah jaringan.

Dua pasukan dari kumpulan A iaitu Thailand dan Singapura sudahpun mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Piala AFF Suzuki 2020 di sini:

Piala AFF 2020: Indonesia Kental Bertahan Untuk Ikat Vietnam

Tan Cheng Hoe: Kehadiran Dion Johan Cools Bakal Stabilkan Pasukan

“Penganjur Goblok, AFF Mafia”, Penyokong Indonesia Mengamuk Elkan Baggott Kena Kuarantin