Kekalahan 0-1 Malaysia kepada Vietnam dalam perlawanan ketiga pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional My Dinh semalam mengundang pelbagai kritikan daripada peminat bola sepak tempatan.

Dalam perlawanan itu, skuad Harimau Malaya gagal mempamerkan corak permainan seperti yang diharapkan apabila jentera serangan kelihatan buntu merobek gawang tuan rumah selepas ketiadaan perancang tengah dari Pahang, Azam Azih akibat kecederaan.

Ketua Jurulatih negara, Tan Cheng Hoe mengakui jentera serangan pasukan tidak berfungsi dengan baik dan turut kecewa dengan persembahan pemainnya yang dilihat bermain dibawah keupayaan sebenar.

“Malam tadi keseluruhannya pasukan kita tak bermain di tahap yang seperti kita harapkan macam kita lawan UAE. Kita tak gunakan kekuatan sebenar kita. Bahagian serangan kita agak tumpul, kreativiti nak dapatkan gol tu yang sedikit sebanyak menjejaskan pasukan kita. Dari segi komitmen dan semangat berjuang tidak ada masalah,” katanya kepada Bernama. 

72884170_2429106170519466_5696734313769336832_n

FOTO: FAM

Perlawanan bermula dengan seimbang dan kedua-dua pasukan bermain dengan berhati-hati untuk mengelakkan kesilapan mudah. Namun pada minit ke 40, Nguyen Quang Hai berjaya manfaatkan kelemahan di benteng pertahanan Malaysia untuk memastikan Vietnam mendahui dengan kedudukan 1-0.

Pada separuh masa kedua, Vietnam hampir mengandakan kedudukan pada minit ke 71 tetapi rembatan pemain gantian, Nguyen Anh Duc berjaya dihalang oleh Aidil Zafuan dalam situasi kelam kabut di kawasan gol negara.

Malaysia cuba bangkit mencari jaringan penyamaan, namun kemasukan Akhyar Rashid tidak memberikan sebarang impak di bahagian serangan. Keputusan 0-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

kelayakan piala dunia 2022-01

Keputusan tersebut juga turut menyaksikan Malaysia kekal menghuni tangga keempat dalam kumpulan dengan tiga mata manakala Vietnam melonjak ke tangga kedua dengan berkongsi empat mata dengan pendahulu kumpulan, Thailand.

Selepas ini, skuad Harimau Malaya dijadualkan menentang Thailand pada 14 November dan Indonesia pada 19 November di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Lagi artikel menarik mengenai Kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Tan Cheng Hoe Tidak Hadiri Sidang Media Selepas Malaysia Tewas Kepada Vietnam

Walaupun Dibelasah 14 Gol Oleh Iran, Lelaki Kemboja Ini Terus Gagah Berdiri Memberikan Sokongan Bersendirian

Pemain Import Kedah, Edgar Bernhadt Jaringkan Hatrik Ketika Kyrgyzstan Tewaskan Myanmar

1 KOMEN
  • Carik penyerang muda Seperti Vietnam Thailand..bawah 23

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group