Menurut Tan Cheng Hoe lagi, beliau memberitahu komitmen pemain adalah cukup baik namun sebagai ketua jurulatih beliau mahu melihat lebih lagi dari pemain-pemain yang dipanggil dalam kem latihan.

Perlawanan bertemu Tajikistan esok merupakan medan terbaik untuk Tan Cheng Hoe bagi menilai dengan teliti gandingan serta prestasi pemain-pemain mejelang perlawanan yang penting bertemu Thailand pada 14 November nanti.

Selain itu, ketua jurulatih Harimau Malaya itu juga turut menjelaskan bahawa bukan senang sebenarnya untuk Malaysia mengatur perlawanan antarabangsa Tier 1 menentang pasukan yang mempunyai ranking lebih tinggi.

Peluang Untuk Pemain Kebangsaan Belajar

“Seperti yang saya selalu cakap, kita perlu bermain dengan pasukan yang lebih kuat supaya pemain kita dapat keyakinan selain belajar mengenai taktikal dan teknikal atau intensiti dari perlawanan sebegini.

76182382_2487493428014073_96774950437781504_o

Tan Cheng Hoe juga menyebut bahawa barisan kejurulatihan Malaysia mahu melihat pemain-pemain mengekalkan gaya permainan dan dalam masa yang sama memastikan keserasian diantara pemain selain mempertingkatkan tempo perlawanan.

Dari pemerhatian yang dibuat oleh Tan Cheng Hoe, pasukan Tajikistan memiliki intensiti, kualiti dan fizikal memang berpihak kepada mereka. Tetapi inilah perkara yang dimahukan oleh pasukan Malaysia selain memiliki kelajuan berada satu tahap diatas Malaysia.

Brendan Gan kembali berlatih, Baddrol Bakhtiar Dan Afiq Fazail

Tan Cheng Hoe juga jelas gembira dengan kembalinya Brendan Gan yang mula menyertai sesi latihan hari ini, selepas menyelsaikan urusan peribadi beliau.

Dalam masa yang sama, kemasukan pemain tengah yang dinantikanoleh semua penyokong skuad kebangsaan Afiq Fazail dan Baddrol akan memberikan depth yang baik kepada barisan tengah negara selepas aksi yang tidak menepati jangkaan ketika bertemu pasukan Vietnam tempoh hari.

Baca juga artikel lain berkaitan pasukan Malaysia yang telah kami sediakan untuk rujukan anda seperti dibawah.

TMJ: Lee Tuck Salah Satu Pemain Asing Terbaik Di Liga Malaysia

Ada 3 Lagi Projek Penting Yang Akan Dilaksanakan Oleh JDT Selepas Siap Stadium Sultan Ibrahim

Buka Peluang Bagi Pemain Muda, JDT II Akan Lepaskan 16 Pemain Pada Musim 2020 Dan Jimat RM5.6 Juta

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group