Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tetap mempertahankan pemilihan Norshahrul Idlan Talaha atau digelar sebagai ‘Mat Yo’ dalam senarai akhir 23 pemain untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 meskipun menerima pelbagai kecaman daripada peminat bola sepak tempatan.

Katanya dalam Bernama, beliau mempunyai sebab yang tersendiri selepas mengugurkan tiga pemain termasuk penyerang prolifik dari Perak, Muhammad Shahrel Fikri. Shahrel Fikri meledak hatrik pertamanya bersama skuad kebangsaan ketika menewaskan Timor Leste 5-1 pada aksi kedua ‘playoff’ kelayakan Jun lepas.

Penggugurannya menyaksikan Cheng Hoe hanya mempertaruhkan dua penyerang iaitu Mat Yo dengan Syafiq Ahmad dalam perlawanan menentang Thailand serta Indonesia pada 14 dan 19 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

“Eki (Shahrel) mengalami kecederaan agak lama dan kita perlukan pemain yang mempunyai tahap kecergasan 100 peratus jadi sebab itu beliau tidak disenaraikan,” jelasnya.

75588184_2498188470277902_373851867752431616_o
FOTO: FAM

Bagaimanapun, Cheng Hoe tidak begitu risau dengan kekurangan pemain di posisi serangan kerana mereka masih mempunyai Mohmadou Sumareh, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid berperanan sebagai sayap.

“Setakat ini, kami memiliki pemain-pemain yang mampu menghadirkan sumbangan kepada pasukan. Seperti yang diketahui, kami hanya menyenaraikan dua pemain penyerang, namun masih terdapat beberapa pemain lagi mampu diserap ke dalam skuad kebangsaan.” katanya.

Sudahkah anda mendapatkan tiket perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand pada hari esok? Klik pautan artikel dibawah untuk maklumat lanjut.

Harga Tiket Perlawanan Bertemu Tajikistan Serendah RM10 Termasuk Caj Pemprosesan

Jualan Tiket Stadium Bukit Jalil Mengikut Nombor Tempat Duduk Dan 100% Secara Online

Sumber