Prestasi cemerlang yang ditampilkan oleh pemain sayap Indonesia, Natanael Siringoringo dalam saingan Liga Premier dan Piala Malaysia musim ini nyata membuahkan hasil apabila kontraknya bakal disambung.

Perkara ini dikongsikan oleh pemilik TRW Kelantan, Norizam Tukiman atau Zamsaham melalui Facebook miliknya dimana beliau nyata berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh Natanael.

Menurut Zamsaham, keputusannya untuk merekrut Natanael pada awal musim ini nyata berbaloi dimana baru-baru ini pemain berusia 22 tahun itu menjaringkan satu gol ketika Kelantan meraih satu mata ketika berdepan Sabah di laman sendiri.

Natanael Siringoringo menjadi salah satu pemain penting bagi Kelantan dalam saingan Liga Premier musim ini dimana beliau menjaringkan tiga gol sekaligus menduduki tempat kedua di belakang Nurshamil Abdul Ghani yang menjaringkan 9 gol.

Detik yang paling diingat ialah ketika beliau menjaringkan dua gol ketika Kelantan menewaskan seteru tempatan iaitu Kelantan United pada bulan lalu.

Peminat bola sepak Indonesia turut menggesa ketua jurulatih skuad kebangsaan tersebut, Shin Tae-yong agar memberikan peluang kepada Natanael beraksi bersama skuad Garuda.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Sarawak United Tak Sangka Boleh Menang Lawan Sri Pahang

Syahmi Safari Dan Dion Cools Cedera, FAM Panggil Dua Pemain Baharu

Ketiadaan Arif Aiman Cetus Tanda Tanya