Pengurus Barcelona, Ronald Koeman mengakui bahawa beliau sentiasa meletakkan kepercayaan terhadap keupayaan Phillipe Coutinho bagi membantu pasukan selepas sekembalinya beliau daripada kecederaan panjang.

Dimasukkan pada minit ke-59 bagi menggantikan Ansu Fati, Coutinho berjaya membalas kepercayaan diberikan Koeman dengan menghadiahkan jaringan ketiga ketika aksi sebenar hanya berbaki lima minit untuk ditamatkan dalam membantu Barcelona mencatatkan kemenangan 3-1.

Gol itu memberikan makna yang cukup besar buat karier pemain berusia 29 tahun itu apabila ia menamatkan kemarau jaringannya dimana kali terakhir beliau menjaringkan gol ialah pada 21 November 2020 sewaktu menentang Osasuna.

Hanya selepas enam perlawanan berikutnya, Coutinho terpaksa berehat panjang selepas disahkan mengalami kecederaan pelapik lutut terkoyak (Meniscus Tear).

Kecederaan panjang itu bagaimanapun tidak langsung menjejaskan kepercayaan Koeman dan beliau berpendapat Coutinho mampu memainkan peranan lebih besar buat Barcelona.

“Ia [persembahan Coutinho] sangat bagus,” ujar Koeman menurut laporan yang dikeluarkan Goal.

“Apabila dia memasuki perlawanan, dia sangat bagus. Dengan kebebasan diberikan dia mampu untuk mengawal permainan dengan cukup baik. Dia juga tahu bagaimana cara untuk menjaringkan gol.”

“Dia perlu untuk mengambil satu langkah penting kerana saya sentiasa mempercayai Coutinho. Secara fizikalnya, dia juga kelihatan semakin baik,” tambah Koeman lagi.

Selain Coutinho, Sergio Aguero juga telah melakukan debut bersama Barcelona apabila beliau dimasukkan pada lewat permainan.

Teruskan membaca artikel-artikel lain seperti dibawah.

Edouard Mendy: Kerja Keras Bersama Yang Membuahkan Hasil

Enggan Bersara, Jack Wilshere Masih Belum Mahu Mengalah

87% Penyokong United Kini #OleOut, Namun Kelab Kekal Berdiri Di Belakang Solskjaer

Sumber