Skuad Vietnam kini sudah tiba di Singapura dengan misi untuk mempertahankan gelaran juara Piala Suzuki AFF yang dimenangi pada tahun 2018.

Malah, ketua jurulatih, Park Hang-seo tetap membawa barisan terbaik dengan menyenaraikan 30 orang pemain termasuk 4 penjaga gol sebagai langkah bersedia jika terdapat mana-mana tonggak utama mengalami kecederaan sepanjang perlawanan.

Dalam senarai itu, 80 peratus daripadanya merupakan pemain yang beraksi dalam pusingan akhir saingan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan mereka telah berkumpul lebih awal sejak bulan lalu.

Beberapa tonggak utama yang membantu Vietnam menjuarai Piala Suzuki AFF 2018 turut disenaraikan iaitu kapten pasukan, Que Ngoc Hai, pertahanan Bui Tien Dung, Do Duy Manh dan Tran Dinh Trong, pemain tengah Nguyen Quang Hai, Do Hung Dung, Luong Xuan Truong dan Pham Duc Huy, serta penyerang prolifik seperti Nguyen Tien Linh dan Nguyen Cong Phuong.

Park Hang-seo juga mengugurkan 5 pemain muda seperti Ly Cong Hoang Anh, Ho Thanh Minh, Le Van Do, Pham Tuan Hai and  Pham Van Cuong. Lebih mengejutkan, Minh yang menjaringkan 1-0 ketika menentang Myanmar dan membantu Vietnam layak ke Piala Asia B-23 tahun depan turut digugurkan.

Ketibaan pasukan Vietnam di Singapura. FOTO: VFF

Vietnam akan memulakan kempen Piala Suzuki AFF 2020 dengan menentang Laos pada 6 Disember, kemudian menentang Malaysia pada 12 Disember. Dua lawan terakhir yang menanti mereka ialah Indonesia (15 Disember) dan Kemboja (19 Disember).

Baca artikel lain mengenai perkembangan Piala Suzuki AFF 2020 melalui pautan dibawah. 

Piala Suzuki AFF 2020: Indonesia Beri Amaran Awal, Belasah Myanmar 4-1 Dalam Aksi Persahabatan

Piala Suzuki AFF 2020: Pemain Kelahiran Perancis, Billy Ketkeophomphone Dipanggil Perkuatkan Jentera Serangan Laos

Thailand Bawa Barisan Terkuat Ke Piala Suzuki AFF 2020, Teerasil Dangda Turut Tersenarai